BATU PAHAT – Sekumpulan penyelidik yang juga pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mengharumkan nama universiti apabila berjaya merangkul 10 pingat dan satu Anugerah Khas ketika menyertai Malaysia Technology Expo 2021 (MTE 2021) yang berlangsung pada 22 hingga 26 Mac lalu secara maya.

Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Profesor Madya Ts. Dr. Norzila Othman, daripada 10 penyertaan yang dipertandingkan, UTHM berjaya meraih empat pingat emas, lima perak, satu gangsa dan satu anugerah khas.

Katanya lagi antara empat pingat emas yang dimenangi, dua daripadanya adalah menerusi produk inovasi dalam kategori ‘Building’ iaitu `EcoSEA Concrete Block’ yang diketuai oleh Dr. Nurazuwa Md. Noor dan ‘PERFORMA.My- A Smart Diagnostic Tool For Measuring Project Performance’ diketuai oleh Prof. Madya Dr. Md. Asrul Nasid Masrom.

Selain itu bagi kategori ‘Education Technology & Pedagogy’, penyelidik Ts. Mohd Hatta Mohamed Ali @ Md Hani telah memenangi emas menerusi produk ‘ADIK ADIK SOLAT 2.0 3D AR : The Development of Augmented Reality Mobile Learning Apps to Enhance Learning Experience in Prayer Towards Education 4.0’.

Manakala kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Noran Azizan Cholan meraih kejayaan berganda apabila mereka bukan sahaja memenangi pingat emas, malah turut menerima anugerah khas daripada Indonesian Invention & Innovation Promotion Association (INNOPA) menerusi produk ‘Portable All-Optical Radio Frequency (AORF) Signal Generator’ bagi kategori ‘Telecomunications, Infrastucture and Broadcast’.

Pameran maya anjuran PROTEMP Group ini dibuka secara rasmi pada 22 Mac lalu oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin manakala penutupnya pula  disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada 26 Mac lalu secara maya.

MTE 2021 merupakan platform bagi para penggiat inovasi, pereka dan usahawan untuk mempamerkan penemuan, idea, prototaip, produk dan reka bentuk terkini mereka kepada pelabur, pengeluar, pengedar dan pemasar di Asia.

Pameran kali ke-20 ini mendapat sokongan penuh daripada ramai pihak antaranya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Persekutuan Pencipta Antarabangsa (IFIA).

Turut diberikan Anugerah Penciptaan dan Inovasi yang memberi penghargaan kepada para pencipta, inovator dan penyelidik dalam pelbagai kategori.

“ICC mewakili UTHM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua penyelidik yang menyertai MTE 2021.

“Penyertaan pada kali ini mencatat rekod tersendiri apabila jumlah emas yang diterima oleh UTHM meningkat berbanding cuma satu pingat emas pada tahun lalu,” tambah Dr. Norzila.

 

 

Special and Best Awards – 1                                                                                                                                 

(Indonesian Invention & Innovation Promotion  Association) (INNOPA)

Innovators Award Sub Category Title of Entry
Prof. Madya Dr. Noran Azizan Bin Cholan Telecommunications, Infrastructure& Broadcast Portable All-Optical Radio Frequency (AORF) Signal Generator
Gold Awards – 4
Innovators Award Sub Category Title of Entry
Prof. Madya Dr. Noran Azizan Bin Cholan Telecommunications, Infrastructure& Broadcast Portable All-Optical Radio Frequency (AORF) Signal Generator
Dr Nurazuwa Binti Md Noor Building  

EcoSEA Concrete Block

Ts. Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali @ Md Hani EducationTechnology & Pedagogy ADIK ADIK SOLAT 2.0 3D AR : The Development of Augmented Reality Mobile Learning Apps to Enhance Learning Experience in Prayer Towards Education 4.0
Prof. Madya  Dr. Md. Asrul Nasid Bin Masrom Building Performa.my- A Smart Diagnostic Tool For Measuring Project Performance
Silver Awards – 5
Innovators Award Sub Category Title of Entry
Dr. Nor Afzanizam Bin Samiran Protection of the Environment, Energy, Water, Wastewater, Sanitation &Green Technology Green Technology of High-H2 Syngas (HH2S) Flame in a Premixed Swirl Burner System
Ts. Dr. Omar Mohd Faizan Bin Marwah Agriculture, Livestock &Horticulture, Aquacultures &Fisheries PINEXRI IOT SMART FARMING SOLUTION
Dr. Nadirul Hasraf Bin Mat Nayan Healthcare, Personal Care Technology,Biotechnology and Life Sciences BROXCOD: MD2 PINEAPPLE BROMELAIN LOZENGES AS A POTENTIAL IMMUNOBOOSTER FOOD SUPPLEMENT
Ts. Dr. Mohd Nazrul Bin Roslan Machinery, Equipmentand Tools(Heavy equipments , Industrial machinery ) Bamboo Fiber Extraction Machine (BfEM)
Ts. Dr. Tee Tze Kiong EducationTechnology& Pedagogy Thinking Style and Inventive Problem Solving Skill Module for Primary School
Bronze Awards – 1
Innovators Award Sub Category Title of Entry
Prof. Madya Dr. Nabilah Binti Ibrahim Healthcare, Personal Care Technology,Biotechnology and Life Sciences Mobile ColoReco