BATU PAHAT, 23 Feb – SWIDWEB Solutions yang merupakan salah satu syarikat terbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bekerjasama dengan SWM Environment Sdn. Bhd. melancarkan program ‘Pengurusan Sisa Makanan’ bersama komuniti setempat.

Menurut Ketua Projek, Profesor Madya Ir. Dr. Noor Yasmin Zainun program ini merupakan salah satu projek rintis yang pertama kali dilaksanakan di Batu Pahat, bertujuan untuk mengurangkan kapasiti pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah dengan melakukan kitar semula untuk manfaat kepada alam sekitar.

“Pihak kami bersyukur kerana lebih 50 peserta telah menyertai program rintis ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan pihak SWM juga turut sama merialisasikan projek pengurusan sisa ini dengan menaja tong pungutan sisa makanan kepada semua peserta yang telibat serta menjalankan aktiviti pungutan sisa berjadual dari rumah kerumah untuk dibawa ke Pusat Penyelidikan Sisa Pepejal (PPSP).

“PPSP telah dibangunkan di kampus induk UTHM dan menelan belanja RM100 ribu melalui geran penyelidikan yang diperoleh bersama dua orang pasukannya iaitu Profesor Madya Dr. Munzilah Md. Rohani dan Sr. Saifullizan Mohd. Bukari dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina.

“Di PPSP, sisa makanan yang dikumpul akan diproses bagi menghasilkan pelbagai produk seperti Black Soldier Fly larvae (BSFL) sebagai makanan kepada haiwan ternakan dan ikan, dan pelbagai jenis baja organik,” tambah Dr. Yasmin.

 

Projek ini turut dijayakan bersama:

  1. Prof. Madya Ir. Dr Noor Yasmin Zainun
  2. Prof. Madya Dr Munzilah Md Rohani
  3. Sr. Saifullizan Muhd Bukari
  4. Prof. Madya Dr. norwati Jamaluddin
  5. Dr. Sallehuddin Shah Ayop
  6. Dr. Hairuddin Mohammad
  7. Muhammad Qusyairi Abdul Rahman
  8. Dr. Noralfishah Sulaiman

Fermented plant juice yang dihasilkan dari sisa makanan untuk dijadikan baja foliar

Frass, baja organik yang telah dihasilkan dari sisa makanan melalui Black Soldier Fly (BSF)BSF Larva yang dihasilkan untuk dijadikan makanan haiwan ternakan

 

Berita ini juga diterbitkan di:

1. Malaysia Gazette (malaysiagazette.com), 4 Februari 2023: SWM Environment, UTHM sasar kutip 30 tan metrik sisa makanan tahun ini

SWM Environment, UTHM sasar kutip 30 tan metrik sisa makanan tahun ini

 

2. Sin Chew Daily (Johor) (page: 9):  Southern Waste Management and Universiti Tun Hussein Onn plan to collect 30 tonnes of food waste