UTHM sumbang RM5500 untuk Madrasah Miftahul Ulum

Program khidmat masyarakat anjuran Jabatan Pengurusan dan Teknologi (JPT), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diadakan pada 7 Mac lalu berjaya mengumpul dana...
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Program khidmat masyarakat anjuran Jabatan Pengurusan dan Teknologi (JPT), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diadakan pada 7 Mac lalu berjaya mengumpul dana sebanyak RM5500.00 untuk disumbangkan kepada Madrasah Miftahul Ulum bertempat di Parit Lapis Kadir Darat, Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Wang sumbangan tersebut akan digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja pembangunan fasiliti di madrasah berkenaan bagi kegunaan pelajar-pelajar memandangkan pondok-pondok kecil yang sedia ada sangat daif dan tidak selamat untuk didiami.

Seramai 22 orang staf JPT bersama dua individu luar telah terlibat dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini.Dalam mewujudkan hubungan yang baik antara universiti dan masyarakat, penganjuran program seumpama ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat khususnya warga universiti dan komuniti setempat.

Berikutan sambutan baik yang diterima, pihak JPT bercadang akan menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan yang bakal dilaksanakan.

Source: UTHM sumbang RM5500 untuk Madrasah Miftahul Ulum

Categories
Sosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE