Dalam lawatan kerja tersebut, Professor Dr. Shabunin Sergey turut berkunjung ke Pejabat Naib Canselor UTHM untuk bertemu dengan Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin sebelum mengadakan perbincangan penyelidikan bersama kumpulan penyelidik Pusat WARAS.
Pelbagai perkara telah dibincangkan bagi memastikan keberkesanan kolaborasi penyelidikan agar dapat memberi impak kepada kedua-dua institusi ini. Sebagai permulaan, Kluster Penyelidikan Teknologi Antenna dan Radio Frequency di Pusat WARAS telah menerima jemputan rasmi dari IRIT Russia untuk menjadi perunding jemputan di Ekaterinburg, Russia pada tahun ini.
Kunjungan rasmi dari IRIT Russia ke Pusat WARAS ini telah membuka peluang baharu kepada kumpulan penyelidik Pusat WARAS bagi menerokai pelbagai kolaborasi penyelidikan secara bersama.
Oleh : Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS), UTHM