Oleh Suriayati Baharom

BATU PAHAT, 14 Julai 2025 – Profesor Dr. Mas Fawzi Mohd Ali dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu berkuatkuasa mulai 14 Julai 2025.

Pelantikan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir itu adalah bagi tempoh dua tahun iaitu sehingga 13 Julai 2027.

Beliau merupakan Profesor di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM dan sebelum ini memegang jawatan sebagai Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti), bertanggungjawab dalam perancangan strategik, pengurusan risiko dan kualiti universiti.

Sebelum menyertai UTHM pada tahun 2004, beliau berkhidmat dalam sektor industri sebagai Jurutera Kalibrasi di Samsung Electronics Display Sdn. Bhd. dan Jurutera Industri di Sharp-Roxy Electronics Sdn. Bhd.

Pemegang Ijazah Doktor Kejuruteraan (Ph.D) bidang Earth and Life Environmental Engineering dari The University of Tokushima, Jepun ini juga merupakan Penyelidik Utama di Centre for Energy and Industrial Environment Studies (CEIES) dan Penyelidik Bersekutu di Centre of Automotive and Powertrain Technology (CAPT).

Bidang kepakaran beliau merangkumi teknologi hijau, bahan api alternatif dan kawalan pembakaran.

Prof. Dr. Mas Fawzi juga terpilih sebagai Pengerusi Majlis Perancangan Strategik Universiti Awam (SPC) iaitu satu badan yang menjadi penyelaras utama dalam merangka, menyelaras dan memantau hala tuju strategik universiti awam di Malaysia.

Dengan pelantikan ini, UTHM berharap kepimpinan Prof. Dr. Mas Fawzi akan terus memperkukuh kecemerlangan universiti dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi, serta memperluas jaringan kerjasama di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

Berita ini juga diterbitkan di:

1. Malaysia Gazette (malaysiagazette.com): Mas Fawzi dilantik Naib Canselor baharu UTHM

Mas Fawzi dilantik Naib Canselor baharu UTHM

 

2. Kosmo (kosmo.com.my): Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM baharu

Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM baharu

 

3. Siakap Keli (siakapkeli.my): Prof. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali Dilantik Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-5

https://siakapkeli.my/2025/07/14/prof-dr-mas-fawzi-mohd-ali-dilantik-naib-canselor-universiti-tun-hussein-onn-malaysia-uthm-ke-5

 

4. Berita Harian (bharian.com.my): Prof Dr Mas Fawzi Naib Canselor UTHM baharu

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2025/07/1419866/prof-dr-mas-fawzi-naib-canselor-uthm-baharu

 

5. Sinar Bestari (sinarbestari.sinarharian.com.my): Profesor Dr Mas Fawzi dilantik Naib Canselor Ke-5 UTHM

https://sinarbestari.sinarharian.com.my/my-ipt/profesor-dr-mas-fawzi-dilantik-naib-canselor-ke-5-uthm

 

6. Utusan (utusan.com.my): Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM

Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM

 

7. Utusan TV (utusantv.com): Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM kelima

 

8. MyMetro (www.hmetro.com.my): Prof Dr Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM baharu

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1240736/prof-dr-mas-fawzi-dilantik-naib-canselor-uthm-baharu

 

9. Malaysian Tribune (malaysiantribune.com): Prof Dr Mas Fawzi dilantik Naib Canselor Ke-5 UTHM

Prof Dr Mas Fawzi dilantik Naib Canselor Ke-5 UTHM

 

10. Bernama (bernama.com): Prof Dr Mas Fawzi Dilantik Naib Canselor UTHM Kelima

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2445154

 

11. Bernama (bernama.com): Prof Dr Mas Fawzi Appointed As 5th Vice-chancellor Of UTHM

https://www.bernama.com/en/news.php?id=2445153

 

12. Borneo Post (Kuching) (page:8): Prof Dr Mas Fawzi appointed 5th UTHM vice-chancellor

 

13. Sunday Star (page: 2), 20 July 2025: Fifth VC takes helm at UTHM 

 

14. The Star Malaysia (thestar.com.my), 20 July 2025: Fifth VC takes helm at UTHM 

https://www.thestar.com.my/news/education/2025/07/20/fifth-vc-takes-helm-at-uthm