Pensyarah FKMP ajar pegawai penjara guna mesin laser hasilkan produk rehal

Tenaga pengajar bersama peserta program.

Oleh Mohd Nizam Katimon

BATU PAHAT – Advanced Manufacturing and Materials Center (AMMC), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjalankan aktiviti pemindahan ilmu berkaitan penggunaan teknologi mesin laser bersama pihak Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Simpang Renggam pada 30 Januari 2022 lalu.

Program pemindahan ilmu yang dilaksanakan di Makmal AMMC, FKMP itu melibatkan khidmat beberapa pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Anika Zafiah Mohd Rus, Ts. Dr. Nur Kamilah Yusuf, Mokhtar A. Hamid, An’amur Rahman Yunos dan Ikhwan Shah Tisadi Tukiat.

Program yang melibatkan penyertaan pegawai penjara ini bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan penggunaan mesin laser untuk menghasilkan corak di atas produk rehal.

Produk tersebut dihasilkan oleh pihak penjara bagi pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM).

Produk inovasi rehal serbaguna tersebut berfungsi untuk menyimpan rehal serta alatan audio seperti mikrofon agar peralatan tersebut dapat disimpan dalam keadaan sentiasa kemas setelah digunakan.

 

Proses menghasilkan corak menggunakan teknologi mesin laser.

 

Categories
Kejuruteraan Mekanikal PembuatanSosial , Kebajikan dan Masyarakat
Subscribe