BATU PAHAT – Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program perkongsian ilmu bertajuk “Postgraduate Industrial (Pocket Talk) Value Management in Action” secara maya pada 11 November 2022 lalu.

Program yang disertai lebih 60 peserta terdiri daripada pelajar pasca siswazah, para pensyarah dan masyarakat luar itu bertujuan untuk memberi nilai tambah dan pendedahan kepada peserta berkaitan pengurusan nilai (value management).

Program anjuran pasukan Program Master of Construction Technology Management (MPC) yang diselaraskan oleh Sr. Zailawati Khalid itu turut mendapat kerjasama daripada Postgraduate Association (Foteps) & CGS.

 Sr Norazah Attan, CQS, CVM, VMA dari Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) telah dijemput untuk berkongsi ilmu tentang topik “Awareness on Value Management” dan “Value Management Implementation in MAHB.”

Beliau dalam slotnya berkongsi pelbagai info menarik termasuklah beberapa contoh pengiraan dan kaedah yang telah dilaksanakan ke atas MAHB sebagai kajian kes.

Perkongsian tersebut diharapkan dapat diteruskan lagi bagi memberi peluang kepada warga pendidik, penyelidik dan pelajar UTHM untuk mendalami ilmu berkaitan pengurusan nilai sekali gus memberi peluang kepada UTHM dan MAHB mengukuhkan lagi hubungan dan menjalinkan kerjasama pada masa akan datang.