NANJING – Pasukan Pusat Sukan Tumpuan (PST) Sukan Mendayung Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul pingat gangsa ketika menyertai 2024 Nanjing International Universities Rowing Regatta pada 13 dan 14 April 2024 di Nanjing, China.

Kejohanan anjuran Deep Dive Co. Ltd dengan kerjasama Nanjing City dan China Rowing Association itu turut disertai oleh tujuh universiti lain seluruh dunia iaitu University of Oxford, University of Cambridge, Ateneo de Manila University, Philipines; Chulalongkorn University, Thailand; The University of Hong Kong dan Chinese Culture University Chinese Taipei.

Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim mewakili universiti turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Pendayung PST KPT-UTHM kerana berjaya merangkul pingat gangsa pada edisi kali ini.

Beliau berharap UTHM akan terus mengungguli sukan mendayung bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.

 

Pasukan Pendayung PST KPT-UTHM terdiri daripada :

 

Coxswain:

– Nurul Amirah (UTHM)

 

Rowers:

– Chan Yu Xuan (UTHM)

– Muhammad Nur Iman (UTHM)

– Ahmad Faiz Zuhairee (UTHM)

– Muhammad Hafizuddin (UTHM)

– Ahmad Haziq (UTM)

– Sheikh Ahmad Safwan (UTHM)

– Muhammad Azhar Nabil (UTHM)

– Muhammad Nurhadie (UniMAP)

 

Jurulatih: Mohamed Ridhwan Yaacob

Pegawai Pengiring: Dr. Mohd Zulfadli Rozali (UTHM)

 

 

Berita ini juga diterbitkan di:

1. Stadium Astro (stadiumastro.com), 17 April 2024: Pasukan mendayung UTHM rangkul pingat gangsa di China

https://stadiumastro.com/sukan-lain/pasukan-mendayung-uthm-rangkul-pingat-gangsa-di-china-262627

 

2. Astro Awani (astroawani.com), 17 April 2024: Pasukan mendayung UTHM rangkul pingat gangsa di China

https://www.astroawani.com/berita-sukan/pasukan-mendayung-uthm-rangkul-pingat-gangsa-di-china-466744

 

3. Malaysia Gazette (malaysiagazette.com), 26 April 2024: Pasukan Pendayung PST KPT-UTHM raih gangsa di Nanjing

https://malaysiagazette.com/2024/04/26/pasukan-pendayung-pst-kpt-uthm-raih-gangsa-di-nanjing/