BATU PAHAT – Komitmen padu warga kerja Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terbukti apabila 49 Pusat Tanggungjawab (PTj) telah berjaya meraih pengiktirafan lima bintang ketika menyertai Program Gotong Royong Bersasar Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau singkatannya EKSA pada awal tahun ini.

Manakala lapan PTj mencapai pengiktirafan empat bintang dan tujuh PTj lagi bertaraf tiga bintang.

EKSA di bawah kendalian Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK), UTHM dilaksanakan bertujuan memberi penarafan dalam bentuk bintang kepada semua PTj UTHM yang berjaya mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif.

Kaedah penilaian adalah berdasarkan penghantaran laporan bergambar yang memenuhi lima kriteria utama iaitu, gambar sebelum dan selepas gotong royong, mengenal pasti pegawai bertanggungjawab bagi setiap ruang gunasama, label status keberadaan staf dipamerkan, KEW.PA -7 yang dikemaskini dan dipamerkan, mengenal pasti bahan kitar semula untuk dihantar ke Pusat Kitar Semula serta pelaksanaan aktiviti pelupusan aset.

Sijil Penarafan Bintang Gotong Royong Bersasar EKSA yang telah ditandatangan Naib Canselor, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim telah dianugerahkan kepada 63 PTj terbabit.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan EKSA dan berharap agar amalan seumpama itu dijiwai oleh setiap warga kampus bagi mewujudkan suasana kerja yang selesa dan mesra pelanggan.

 

Senarai PTJ mengikut penarafan bintang:

BIL. PTJ PENARAFAN BINTANG
1 Pejabat Bendahari 5
2 Perpustakaan Tunku Tun Aminah 5
3 Pusat Pengajian Siswazah 5
4 Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina 5
5 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan 5
6 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan 5
7 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat 5
8 Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi 5
9 Pusat Pengajian Diploma 5
10 Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum 5
11 Pusat Pengajian Bahasa 5
12 Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik 5
13 Pusat Pembelajaran Maya (Centre For Virtual Learning) 5
14 Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) 5
15 Pusat Inovasi dan Pengkomersilan 5
16 Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM) 5
17 Pejabat Penerbit 5
18 Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni 5
19 Pusat Perumahan Pelajar 5
20 Kolej Kediaman Dalam Kampus Parit Raja 5
21 Kolej Kediaman Kampus Pagoh 5
22 Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Pagoh 5
23 Pusat Kepimpinan dan Kompetensi 5
24 Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 5
25 Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan 5
26 Bahagian Pengurusan Organisasi 5
27 Pusat Kesihatan Universiti 5
28 Unit Audit Dalam 5
29 Fakulti Teknologi Kejuruteraan 5
30 Pejabat Antarabangsa 5
31 Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E) 5
32 Pusat Kebudayaan Universiti 5
33 Bahagian Sumber Manusia 5
34 Pusat Teknologi Maklumat 5
35 Pusat Pembangunan Pelajar 5
36 Pusat Kaunseling Universiti 5
37 Pejabat Kampus Lestari 5
38 Pusat Sukan 5
39 Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko 5
40 Pejabat Pengurusan Kualiti 5
41 Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat 5
42 Pejabat Canselori 5
43 Pejabat Penasihat Undang-Undang 5
44 Unit Integriti 5
45 Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat 5
46 Pejabat Kelestarian Kewangan 5
47 Pusat Pembangunan Perniagaan 5
48 Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL 5
49 Pejabat  Wakaf dan Endowmen 5
1 Teaching Factory 4
2 Pusat Teknousahawanan Universiti 4
3 Kolej Kediaman Luar Kampus Parit Raja 4
4 Pejabat Hal Ehwal Pelajar 4
5 Bahagian Pengurusan Fasiliti 4
6 Pejabat Metro System Academy 4
7 Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) 4
8 Institut Harta Tanah Malaysia (MyREI) 4
1 Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3
2 Pentadbiran UTHM Kampus Cawangan Pagoh 3
3 Pusat Islam 3
4 Pejabat Pengurusan Akademik 3
5 Bahagian Keselamatan 3
6 Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah 3
7 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 3