Staf Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Sarala Thulasi Palpanadan berjaya memperolehi tempat kedua dalam pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris, Malaysia dengan kerjasama beberapa organisasi lain termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dr. Sarala menulis esei bertajuk ‘Not An Essay about The Dead Poets Society’ yang menyentuh tentang pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dalam profesion perguruan masa kini namun mereka tetap bekerja keras untuk memberi yang terbaik kepada anak bangsa.

Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000 beserta sijil merit yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada 26 Julai lalu turut dihadiri Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas.

Menurut Dr. Sarala, pertandingan penulisan esei ini perlu diperluaskan penganjurannya agar para akademia dapat mendekati masyarakat melalui hasil penulisan mereka.

“Saya berharap lebih banyak platfom penulisan esei akan diadakan selepas ini dan lebih ramai lagi pensyarah akan mengambil bahagian pada masa akan datang untuk berkongsi idea dan cadangan dari segi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan,” katanya.

Tambahnya lagi, penyertaan pertandingan seumpama ini juga mampu memperkenalkan PBB dan UTHM amnya kepada masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.