Oleh Rozlini Mohamed, Hanayanti Hafit dan Suriawati Suparjoh

MUAR – Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Jawatankuasa STEM telah melaksanakan satu bengkel penghasilan e-Poster dan infografik menggunakan aplikasi CANVA pada 27 September 2022 lalu bertempat di Kolej Komuniti Muar (KKM).

Penganjuran bengkel tersebut sebagai inisiatif menyebarluas pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan komuniti setempat.  

Bengkel sehari itu membabitkan penyertaan dua pensyarah dan 32 pelajar KKM, semester satu dan dua kursus Dandanan Rambut serta kursus Terapi Kecantikan dan SPA.

Bengkel yang diketuai Pensyarah FSKTM, Dr. Rosmamalwi Mat Nawi itu dibantu oleh Dr. Suhaila Mohd Yassin, Dr. Cik Feresa Mohd Foozy, Dr. Nur Ariffin Mohd Zin, Rozlini Mohamed, Hanayanti Hafit dan Suriawati Suparjoh.

Bengkel penggunaan CANVA itu yang berlangsung selama tiga jam itu dibahagikan kepada tiga sesi berbeza iaitu modul penghasilan resume, kad perniagaan dan Instagram story

Turut diadakan, penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya menghasilkan produk akhir paling menarik bagi setiap kategori.

Menurut Dr. Rosmamalwi, bengkel tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar dan mereka turut berjaya menghasilkan produk masing-masing di akhir setiap modul. 

“Penganjuran bengkel seumpama ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar sekali gus memberi nilai tambah kepada mereka untuk membuat persediaan ke alam pekerjaan,” katanya.

 

Para pensyarah FSKTM yang menjayakan bengkel tersebut.