Oleh Ir. Dr. Ahmad Hamdan Ariffin, Ts. Dr. Mohd Fadhli Zulkafli, Dr. Syafiqah Nur Azrie Safri

BATU PAHAT – Research Centre for Unmanned Vehicle (ReCUV), Jabatan Kejuruteraan Aeronautik (JKA), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dan Malaysia Research Institute for Vocational Education & Training (MyRIVET) telah menganjurkan program Hari Teknologi Dron FKMP pada 9 Ogos 2022 lalu bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, kampus induk.

Program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Kelab Rakan Udara Malaysia (KRUM) ini bertujuan berkongsi ilmu berkaitan teknologi dron yang dihasilkan oleh FKMP dan industri yang terlibat kepada komuniti pelajar di negeri Johor.

Program ini turut menjadi platform kepada JPN Johor untuk mengumpulkan 25 sekolah terpilih bagi membentangkan kaedah pelaksanaan pertandingan dron yang akan menjadi salah satu aktiviti dalam program UTHM Prihatin.

Antara aktiviti yang diadakan, sesi perkongsian peluang kerjaya dan perkongsian teknologi dron daripada wakil daripada VStream Revolution Sdn Bhd. dan Malaysia Unmanned Drone Activist Society (MUDAS).

Turut diadakan, pameran teknologi dron daripada industri yang terlibat serta sesi penyerahan watikah pelantikan sekolah angkat kepada tujuh sekolah angkat FKMP.

Penganjuran program hasil usaha sama staf dan pelajar tahun 1 JKA ini diharap dapat menyemarakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pengkomersialan dron di UTHM serta perkongsian ilmu kepada masyarakat dalam merealisasikan aspirasi universiti ke arah GTU2030.

 

 

Aktiviti simulasi dron daripada Kelab Rakan Udara Malaysia (KRUM)