Prihatin dengan pelajar B40, KKDK sumbang 300 pek makanan

Pelajar beratur menunggu giliran untuk mengambil pek makanan.

Oleh Muhammad Zunnurain Jasman BATU PAHAT, 22 Apr 2022 – Kolej Kediaman Dalam Kampus (KKDK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyumbang 300 pek makanan kepada penghuninya yang terdiri daripada golongan B40 melalui penganjuran program “Special Iftar For Ummah.”

Bantuan tersebut turut diberikan ketika berlangsungnya pelancaran program berkenaan yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),  Profesor Sr Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim Ismail bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Fatimah, KKDK Parit Raja.

Program dengan kerjasama Yosh MyFundAction itu juga diselitkan dengan penganjuran Multaqa Nuzul Al-Quran yang dijayakan oleh Ustaz Muhammad Isa Salikin. Turut diadakan, aktiviti jual beli bazaar Ramadan bagi memeriahkan lagi suasana serta penyampaian duit raya kepada 17 orang pelajar yang terdiri daripada golongan keluarga Asnaf.

Hadir sama, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Halim Irwan Ibrahim; Pengarah Yosh MyFundAction, Siti Norain Abd Samad; Pengetua dan Timbalan Pengetua KKDK serta Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP).

Dalam memastikan program bantuan ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar, pihak KKDK Parit Raja selaku pengelola program amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak termasuk staf UTHM.

Sumbangan boleh dibuat melalui perbankan dalam talian dan penyumbang boleh mendapat pengecualian cukai.

 

*Timbalan Naib Canselor (HEPA) bersama pengetua kolej melawat pameran Yosh MyFundAction.

 

*Yosh MyFundAction melaksanakan aktiviti promosi bagi menarik lebih ramai sukarelawan.

 

Categories
Hal Ehwal PelajarSosial , Kebajikan dan Masyarakat
Subscribe