BATU PAHAT, 26 April 2022 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar  dalam proses mengagihkan bantuan komputer riba kepada pelajar bersasar dalam kalangan B40 bagi tahun 2021/2021 secara berperingkat.

Serahan bantuan kebajikan ini melibatkan 100 unit komputer riba sumbangan daripada dana UTHM yang terkumpul.

Keseluruhan nilai bagi bantuan komputer riba adalah sebanyak RM 199,500.00.

Sesi serahan komputer riba melibatkan 22 pelajar bagi Fasa 1 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Lokman Hakim Ismail.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), Haszrinaz Husain @ Hashim serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Selain komputer riba, para pelajar berkenaan turut menerima sumbangan makanan kering daripada Food Bank Siswa UTHM.

Sementara itu, Prof. Lokman juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima.

“Semoga para pelajar tersebut tidak akan tercicir dan terus mendapat manfaat bagi tujuan pembelajaran sebagai motivasi untuk lebih cemerlang,” katanya.