BERA – Dua penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih anugerah emas dan perak bagi Anugerah Tesis Terbaik sempena sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Taman Awam Bera, Pahang pada 26 Mac 2022.

Mohamad Aiman Afiq Amran, penuntut tahun empat dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan di bawah penyeliaan Dr. Mimi Suliza Muhamad dan penyelia bersama Ts. Mohd Sufyan Abdullah telah berjaya meraih anugerah emas bagi Pertandingan Tesis Sumber Air 2022 yang bertemakan “Air bawah tanah-memperlihatkan yang tidak kelihatan” bagi kategori sarjana muda.

Anugerah emas bagi tesis bertajuk “Filtration Process with Tilapia Fish Scale Macrocomposite Adsorbent for Groundwater Treatmentmelayakkan Aiman membawa pulang cek bernilai RM750 bersama sijil anugerah emas yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, UTHM juga turut memenangi anugerah perak kategori sarjana melalui penuntut Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Mahad Ahmed Kadiye dengan tesisnya yang bertajuk “Correlation Analysis on Clayey Soil Layer Effect Groundwater Quality in UTHM, Parit Raja, Johor” di bawah seliaan Ts. Dr. Sabariah Musa.

Mahad membawa pulang cek berjumlah RM600 bersama sijil anugerah perak.

Pihak universiti berharap kejayaan ini mampu menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar lain untuk terus mencipta kecemerlangan sepanjang bergelar penuntut UTHM.

 

*Mohamad Aiman Afiq Amran, penuntut Fakulti Teknologi Kejuruteraan menerima anugerah emas (kategori sarjana muda).

*Ts. Dr. Sabariah Musa (kanan) selaku penyelia tesis mewakili pelajarnya, Mahad Ahmed Kadiye dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina menerima anugerah perak kategori sarjana.