Oleh Ts. Dr. Peniel Ang Soon Ern

PAGOH – Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menghasilkan keluaran keempat program Pensijilan Kompetensi Autodesk Revit anjuran bersama rakan industri, Bina Initiatives Sdn. Bhd.

Seramai 21 orang pelajar telah berjaya mendapat sijil kompetensi Autodesk Revit Architecture Essential pada 3 hingga 5 Oktober 2021 manakala 42 orang pelajar lagi berjaya mendapat sijil Kompetensi Autodesk Revit Structure Essential pada 9 hingga 11 Oktober 2021.

63 orang pelajar tersebut daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) dan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV).

Pelajar-pelajar terbabitt telah mengikuti program latihan intensif selama tiga hari di bawah bimbingan jurulatih bertauliah (Autodesk Certified Trainers).

Kumpulan jurulatih program ini terdiri daripada staf Bina Initiatives iaitu Building Information Modelling (BIM) Manager, Hafiz Zaini dan Senior BIM Modeller, Nadrah Ibrahim.

Selain itu, staf akademik FTK iaitu Ir. Ts. Mohamad Hairi Osman, Ir. Ts. Mohd Kamaruzaman Musa, Ts. Nur Faezah Yahya dan Ts. Zarizi Awang juga turut bersama menjadi fasilitator bagi membantu melancarkan program pensijilan tersebut.

Pensijilan autodesk ini telah mula ditawarkan tiga kali sejak tahun 2020 dan ianya mendapat sambutan yang mengalakkan dari pelajar UTHM dan alumninya.

Program pensijilan kerjasama antara UTHM dan Bina Initiatives menawarkan tiga program pensijilan autodesk yang utama iaitu Autodesk Revit Structure Essential/Advanced, Autodesk Revit Architecture Essential/Advanced, dan Autodesk Revit MEP Essential/Advanced. Turut ditawarkan, program pensijilan Civil 3D, Infraworks dan Navisworks.

Menurut Koordinator Pensijilan dan Pentauliahan FTK, Ts. Dr. Peniel Ang Soon Ern, Autodesk Revit merupakan salah satu perisian Building Information Modelling (BIM) yang amat diperlukan untuk menyokong industri seni bina, kejuruteraan dan pembinaan di Malaysia.

Pensijilan antarabangsa ini bukan hanya dapat memenuhi keperluan industri malah menjadi nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan.