Oleh Dr. Hashima Hamid

BATU PAHAT – Centre of Research Sustainable Professional Education for Excellent Development (CoR-SPEED), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan seminar dan bengkel ‘International TVET-Campus Professional Educators Enhancement Series 1’ secara dalam talian pada 14 dan 15 Julai 2021 lalu.

Bengkel yang bertemakan ‘Heutagogy and Cybergogy in 21st Century Teaching and Learning’ telah dikendalikan oleh tiga jurulatih dari UTHM iaitu Profesor Madya Ts. Dr. Mimi Mohaffyza Mohamad yang mengendalikan latihan berkenaan ‘Heutagogy,’ Dr. Hashima Hamid berkongsi ilmu tentang ‘21st Century Teaching and Learning’ serta Ts. Dr. D’oria Islamiyah Rosli mengupas tentang ‘Cybergogy.’    

Turut diadakan, seminar bertajuk ‘Shifting Minds of TVET Educators Philosophy and Values in Education 4.0’ yang menampilkan panel pakar dari TU Dortmund Germany iaitu Profesor Madya Dr. phil. Miguel Zulaica y Mugica dan Dr. Nur Sofurah Mohd Faiz dari FPTV, UTHM.

Sesi seminar yang dikendalikan oleh Dr. Mimi sebagai moderator ini melibatkan penyertaan dari ahli TVET campus dan UNEVOC Network Members seperti Korea, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Bengkel ini merupakan siri pertama dan akan disusuli dengan dua lagi siri bertemakan ‘Inventive Problem-Solving Skills for Edu. 4.0 Educators’ dan ‘Enhancement for International Mobilities of Educators’ pada Ogos akan datang.

Perkongsian ilmu dan pengisian siri pertama ini berfokuskan tentang bagaimana pendidik menyusun strategi dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan elemen Heutagogy dan Cybergogy bagi menerapkan kemahiran abad ke-21 khususnya dalam bidang TVET.

Pendedahan yang bersifat informatik dan hand-ons serta teknik penyampaian secara dua hala oleh para jurulatih siri pertama ini telah berjaya menarik minat peserta secara secara aktif bagi setiap aktiviti yang dikendalikan.

Selain itu, penerapan unsur kolaborasi dan kerjasama antara setiap peserta dari negara yang berbeza turut digarapkan bagi membuka ruang dan peluang perkongsian idea dan pengalaman dari institusi masing-masing.

Pengarah Program, Dr. Nur Sofurah berkata pihaknya banyak menerima maklum balas positif daripada para peserta.

“Segala komen yang dkemukakan telah menaikkan semangat para jurulatih untuk meningkatkan lagi prestasi pada sesi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat CoR SPEED, Dr. Mimi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini dan berharap akan berjumpa lagi dalam siri yang berikutnya dengan pendekatan yang lebih kreatif, inovatif dan interaktif.

*Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly memberi ucapan alu-aluan untuk menyemarakkan lagi semangat para peserta bengkel

*Sesi pertama bengkel oleh Ketua CoR SPEED, Profesor Madya Ts. Dr. Mimi Mohaffyza Mohamad

*Salah satu slot dalam sesi kedua bengkel berkenaan kemahiran abad ke-21

*Pendekatan kreatif digunakan sebagai satu teknik penerapan elemen kemahiran abad ke-21

*Sesi ketiga bengkel oleh Ts. Dr. Doria Islamiyah Rosli

*Pendekatan berbeza yang dibawa oleh Dr. Nur Sofurah Mohd Faiz berjaya menarik minat peserta

*Ketua Pusat CoR SPEED bersama ketua program Dr. Nur Sofurah dan barisan jurulatih bengkel siri 1