Oleh Ts. Dr. Yee Mei Heong

BATU PAHAT – Bagi memperkukuhkan lagi bidang pengajaran dan penyelidikan, Centre of Research Sustainable Professional Education for Excellent Development (CoR-SPEED), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Seminar Talk dan bengkel International TVET-Campus Professional Educators Enhancement Series 2 secara dalam talian pada 28 dan 29 Julai 2021 lalu.

Seminar Talk yang bertajuk Problem Solving Skills and Critical Thinking telah disampaikan oleh Ketua Pusat ACTiVE FPTV, UTHM, Profesor Madya Dr. Nor Lisa Sulaiman.

Sesi Seminar Talk yang dikendalikan oleh Ts. Dr. Tee Tze Kiong sebagai moderator ini melibatkan penyertaan 18 ahli dalam TVET-Campus dari empat negara iaitu Korea, Thailand, Vietnam dan Malaysia dan melibatkan lima institusi iaitu Korea Polytechnic (KOPO), RajaMangala University Technology of Lanna (RMUTL), Vinh Long University Technology of Education (VLUTE), Vietnam-Korea Vocational College of Technology (VKTEK) dan UTHM.

Bengkel yang bertemakan ‘Inventive Problem-Solving Skills for Edu. 4.0 Educators’ telah dikendalikan oleh dua jurulatih yang merupakan Penyelidik Utama CoR-SPEED dan juga Pengajar TRIZ Tahap 1 iaitu Ts. Dr. Tee Tze Kiong dan Ts. Dr. Yee Mei Heong.

Perkongsian ilmu dan pengisian bengkel siri kedua ini memfokuskan tentang satu cara penyelesaian masalah berstruktur dan inovasi sistematik dengan menggunakan Teori Penyelesaian Masalah Inventif (Theory of Inventive Problem Solving, TRIZ).

Dengan adanya ilmu tersebut, peserta diharapkan berupaya membangun dan memperkukuhkan lagi pengajaran dan penyelidikan, pemikiran kreatif dan inventif serta mengaplikasi alat TRIZ untuk memperkuatkan diri dalam keperluan pendidikan 4.0.

Dengan adanya pengetahuan mengenai alat penyampaian secara dalam talian yang didedahkan dalam bengkel siri 1, para peserta terus melibatkan diri secara aktif dan memberi kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan walaupun berbeza latar belakang.

Selain itu, peserta juga memberi komitmen yang sangat baik dan memberi sepenuh tumpuan sepanjang bengkel ini berlangsung. Mereka turut menulis nota supaya lebih mudah mengingat dan memahami sekali gus mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam penilaian sumatif yang diadakan pada penghujung bengkel ini.

Ketua Pusat CoR-SPEED, Profesor Madya Ts. Dr. Mimi Mohaffyza Mohamad turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini terutamanya Pengarah Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global (CGOL), semua ahli jawatankuasa dan peserta-peserta yang terlibat. Beliau turut berharap dapat berjumpa lagi dalam siri yang berikutnya bertemakan ‘Enhancement for International Mobilities of Educators’ pada 11 dan 12 Ogos 2021.

 

*Dr.Pracha Yeunyongkul, peserta dari Rajamangala University Technology of Lanna (RMUTL), Thailand memberi pendapat mengenai pemikiran kritikal semasa berlangsung Seminar Talk yang disampaikan oleh PM Dr. Nor Lisa Sulaiman.

 

*Hari kedua bengkel dikendalikan oleh Ts. Dr. Yee Mei Heong di studio Fox Mall, aktiviti dimulakan dengan soalan ujian personaliti untuk menguji minda semua peserta bengkel.

 

*Para peserta dalam breakout room untuk menjalankan aktiviti berkumpulan

 

*Hasil perbincangan aktiviti kumpulan yang dijalankan semasa breakout room

 

*Hasil jawapan bagi setiap kumpulan untuk latihan pengukuhan yang diberi semasa breakout room