Tujuh pelajar FTK raih tujuh pingat di BEURC 2020

KUALA LUMPUR – Tujuh pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih tujuh pingat melalui penyertaan Projek Sarjana Muda (PSM) di Built Environment Undergraduate...

KUALA LUMPUR – Tujuh pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih tujuh pingat melalui penyertaan Projek Sarjana Muda (PSM) di Built Environment Undergraduate Research Competition (BEURC 2020) anjuran Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya yang berlangsung secara dalam talian pada 13 Ogos 2020 lalu.

Mereka berjaya meraih satu pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa setelah bekerja keras menyiapkan poster pertandingan. Ketujuh-tujuh mereka mempertandingkan kajian ilmiah yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi kejuruteraan dan sains bangunan.

Pengumuman kemenangan tersebut dibuat secara dalam talian melalui Facebook BEURC 2020 pada 9 September lalu.

Pelajar yang terdiri daripada Muhamad Hatiff Siddiqi Mohd Hamim, Muhammad Fadli Mohd Zamri, Hanuna Kurnia Zahrullail, Nur Aslini Roslan, Nor Izaty Nordin, Nur Dayana Onn, Farizatul Azlin Maskan dan Nor Izaty Nordin ini merupakan pelajar tahun empat dari program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dan (Alam Sekitar).

Untuk rekod, pertandingan ini terbahagi kepada empat tema iaitu Building Control and SurveyingArchitecture and PlanningFacilities Management and Real Estate dan Engineering and Construction Technology dan turut terbuka kepada semua pelajar program sarjana muda institut pengajian tinggi (IPT) di dalam  dan luar negara yang mengikuti kursus Alam Bina. Pada tahun ini, terdapat sebanyak 149 penyertaan dari 13 buah universiti dan politeknik Malaysia.

Dekan FTK, Profesor Madya Ts. Dr. Jumadi Abdul Sukor berkata penyertaan pertandingan sebegini penting bagi mengetengahkan potensi pelajar melalui pembentukan dan pembangunan kemahiran psikomotor, komunikasi serta sahsiah diri pelajar.

“Pihak fakulti berharap kejayaan seumpama ini mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar UTHM yang lain untuk turut mencipta kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk universiti juga,” katanya.

 

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE