UTHM harumkan nama negara di IPITEX 2020, raih 6 pingat dan Anugerah Khas

BANGKOK – Penyertaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya meraih Anugerah Khas daripada tiga negara iaitu Sudan, King of Saudi...

BANGKOK – Penyertaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya meraih Anugerah Khas daripada tiga negara iaitu Sudan, King of Saudi Arabia dan United State, empat pingat Emas, satu Perak dan empat Gangsa di 2020 Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2020) In Thailand Inventors’ Day 2020 yang berlangsung pada 2 hingga 6 Februari lalu bertempat di Bangkok International Trade and Exhibition Centre (BITEC).

Pemenang anugerah, Ts. Dr. Norfaiza Fuad daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) selaku ketua penyelidik bersama pasukannya mempertaruhkan produk pertama bertajuk “Development Of Electroencephalogram (EEG) Pattern For Learning.

“Methodology Between Cognitive And Psychomotor For Non-Dyslexic” berjaya meraih pingat Emas selain turut menerima dua Anugerah Khas “Smart Care Technology Sudan” dan  “AI-JAM Association USA.”

Manakala produk kedua beliau bertajuk “Drugs: Decision and Consequences” hasil kolaborasi dengan Agensi Anti Dadah Malaysia Negeri Sembilan dan Sekolah Kebangsaan Seri Paya turut berjaya meraih pingat Perak serta Anugerah Khas daripada Highly Innovation Unique Foundation (HIUF) King Of Saudi Arabia.

Sementara itu, Ts Dr. Suliadi Firdaus Sufahani daripada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) pula berjaya meraih dua Anugerah Emas melalui produk “Malaysian Secondary School Menu Planning System” dan “Nutritious Menu System For Malaysian Tahfiz Primary School Children (Improve Good Memory)” yang mana kedua-dua produk ini turut mendapat Anugerah Khas AI-JAM ASSOCIATION USA dan HIUF.

Pertandingan penyelidikan dan inovasi ini diadili oleh pakar-pakar dari pelbagai negara yang menilai beberapa aspek seperti keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan. Lebih 1200 produk telah dipertandingkan dari 15 negara antaranya India, Taiwan, United Kingdom, Cina dan Filipina.

Untuk rekod, pameran ini menjadi medium untuk membantu para penyelidik mewujudkan hubungan kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi.

Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), UTHM Profesor Madya Ts. Dr. Norzila Othman hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri melalui penyertaan pertandingan seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan lagi hasil pengkomersilan UTHM.

“Tahniah diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencipta kejayaan di IPITEx 2020 serta semua pihak yang turut bersama membantu,” katanya.

Pihaknya berharap kejayaan seumpama ini dapat menjadi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik lain untuk terus berusaha memartabatkan bidang penyelidikan di universiti ini sekali gus memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga masyarakat.

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan InovasiProduk

RELATED ARTICLE