UTHM sertai MTE 2020, raih 10 pingat

KUALA LUMPUR – Penyertaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun ini sekali lagi membuahkan hasil apabila berjaya meraih 10 pingat dalam pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2020...

KUALA LUMPUR – Penyertaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun ini sekali lagi membuahkan hasil apabila berjaya meraih 10 pingat dalam pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari lalu bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putera.

Dr. Nur Zainatul Nadra Zainol yang mempertaruhkan produk bertajuk “My Identity: Fix It” berjaya meraih pingat Emas selain turut menerima anugerah “The Best Booth Promoter Booth.” Manakala lapan penyertaan lain berjaya meraih lapan pingat perak dan satu gangsa.

Pertandingan penyelidikan dan inovasi ini diadili oleh pakar-pakar dari institut pengajian tinggi awam dan pelbagai agensi yang menilai beberapa aspek seperti keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.

Untuk rekod, pameran ini menjadi medium untuk membantu para penyelidik mewujudkan hubungan kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi.

Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Profesor Madya Ts. Dr. Norzila Othman hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri melalui penyertaan pertandingan seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan lagi hasil pengkomersilan UTHM.

“Tahniah diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencipta kejayaan di MTE 2020 serta semua pihak yang turut bersama membantu,” katanya.

Pihaknya berharap kejayaan seumpama ini dapat menjadi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik lain untuk terus berusaha memartabatkan bidang penyelidikan di universiti ini sekali gus memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga masyarakat.

 

Bil Nama Tajuk Sub – Category
1 Ts. Dr. Muhammad Fikri Life Saving ‘U-Harness’ Perak
2 Ts. Dr. Suhaimi bin Hassan Development of Emergency Danger Signal Detector System for Highway Workers Safety Gangsa
3 Dr. Ahmed Mokhtar Albshir Budiea FAME-CRETE : Zero Waste Cycle of Foamed Concrete Block Perak
4 Dr. Hamidun bin Mohd Noh Smart Hollow Beam Perak
5 Ts. Dr. Noraini binti Marsi G – Ceramic Aircrete Perak
6 En. Muhammad Qusyairi bin Abdul Rahman Portable Drying Machine Perak
7 Ts. Maznan bin Ismon Chips Rotational Mixer Perak
8 Dr. Mimi Suliza binti Muhamad Sustainable Green Absorbents (SAGA) Perak
9 Dr. Nur Zainatul Nadra binti Zainol My Identity : Fix It Emas
10 Ts. Dr. Suhaila binti Sari IPLA : Image Processing Learning Application Perak

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan Inovasi

RELATED ARTICLE