Pada 21 April, telah berlangsungnya program “Go Green” yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pintas Puding. Seramai 30 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Diploma (CEDS), 40 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pintas Puding dan 3 orang pensyarah Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai program tersebut. Program yang berlangsung daripada jam 7.30 pagi sehingga 2.30 petang itu bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk menjaga alam sekitar di peringkat awal pendidikan sekolah rendah.

Program tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar program diploma daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu program besama komuniti luar. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program berlansung ialah ice breaking, ceramah alam sekitar, explorace (teka silang kata), nyanyian lagu alam sekitar, DIY dan mengenalpasti agensi berkaitan alam sekitar. Kos untuk program tersebut adalah sebanyak RM300.

Permainan 3R
Permainan 3R

Teka Silang Kata
Teka Silang Kata
Membuat Lampu
Membuat Lampu