Eksplorasi Pelajar Fstpi Ke Negeri Di Bawah Bayu (Sabah) telah diadakan selama seminggu pada 30 Mac hingga 6 April 2017. Seramai 24 orang pelajar dan 6 orang staf telah menyertai program tersebut. Tempat-tempat yang dilawati adalah SMK Beaufort, Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu. Program knowledge transfer ini memberi fokus kepada pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem pengurusan biodiversiti dan sumber semulajadi yang terdapat di Sabah. Pelajar akan melihat dari segi pengurusan teresterial dan marin, tapak-tapak warisan dunia seperti Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker, serta pengurusan pelancongan berasaskan organisma dan ekologi semulajadi.

Selain daripada pengurusan biodiversiti, aktiviti-aktiviti seperti khidmat masyarakat dan interaksi bersama agensi-agensi kerajaan akan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pemindahan pengetahuan kepada masyarakat setempat. Aktiviti difokuskan kepada memindahkan ilmu pengetahuan, mempromosikan program Biodiversiti dan Pemuliharaan UTHM, dan membuat kerjasama bersama agensi-agensi yang menguruskan biodiversiti di Sabah. Di samping itu juga program ini memberi latihan kepada para pelajar program ijazah sarjana muda dengan kepujian Biodiversiti dan Pemuliharaan di FSTPi dalam penganjuran aktiviti di kampus dengan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari.

7