Program ini adalah rentetan daripada penganjuran “Mega Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2015” iaitu satu program yang telah menghimpunkan sebanyak 579 penyertaan kenderaan carboot sales pada 25 dan 26 Disember 2015 lalu, sekali gus berjaya mencipta rekod dalam the Malaysia Book of Records sebagai ‘Most Number of Vendor Participating in a Carboot Sales Carnival’. Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (#UTHM) terus mengetengahkan konsep perniagaan Carboot Sales di kampus dengan menganjurkan aktiviti yang dinamakan “Friday Night Fever Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2016” pada 29 Januari lalu bertempat di tapak letak kereta bersebelahan Padang Kawad UTHM.
Program Friday Night Fever Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2016 merupakan satu inisiatif sebagai memenuhi kehendak dan permintaan yang tinggi daripada golongan usahawan-usahawan mikro yang mempunyai kiosk bergerak seperti kereta, van, lori kecil makanan dan motosikal untuk mendapatkan platform perniagaan bagi barangan terpakai, produk dan perkhidmatan yang mereka dijalankan.
Selain itu, aktiviti perniagaan seperti ini diteruskan bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang aktiviti keusahawanan kepada pelajar dan masyarakat khususnya di UTHM dan Batu Pahat serta kawasan sekitarnya.
Mengikut perancangan, aktiviti ini akan diteruskan pada hari jumaat terakhir setiap bulan sepanjang tahun 2016 dengan memperkenalkan tema dan pengisian aktiviti yang berbeza bagi setiap bulan. Berikut adalah tema-tema yang telah dirancang sepanjang tahun:
Tarikh | Tema/Aktiviti/Pengisian | Masa |
29 Januari 2016 | Meraikan Kejayaan The Malaysia Book of Records | 2.00 petang – 12.00 malam |
26 Februari 2016 | Sambutan Tahun Baru Cina | |
25 Mac 2016 | Kesihatan dan Kecergasan | |
29 April 2016 | Pet Show | |
27 Mei 2016 | Hari Belia Negara | |
24 Jun 2016 | Semarak Hari Raya | |
27 Julai 2016 | Kerohanian dan Keagamaan | |
26 Ogos 2016 | Kemerdekaan dan Patriotik | |
30 September 2016 | Town and Gown (Brassband/Badan Beruniform) | |
28 Oktober 2016 | Pesta Graduan | |
25 November 2016 | Kebudayaan dan Rekreasi | |
30 Disember 2016 | Kembali ke Sekolah |
PHUM akan meneruskan kolaborasi dengan beberapa pihak NGO seperti Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) dan Mobile Fiesta Management (MF) yang telah dilantik sebagai pengurus tapak sepanjang program berlangsung. Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat dan REC Development Sdn. Bhd. yang menyediakan komuniti pelbagai ‘food truck’, Komuniti Polis Batu Pahat dan Boy of Straight JDT (BOS). – Technically Above The Rest