Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin telah dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk tempoh dua tahun lagi berkuatkuasa 17 Oktober 2013 seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau yang merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College London telah dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pintas Raya dan Limpoon Primary English School, seterusnya di Sultan Sulaiman English School dan Sekolah Menengah Batu Pahat.

Antara pencapaian akademik beliau ialah memperolehi Ijazah dalam bidang fizik daripada Universiti Gadjah Mada (Yogjakarta), Indonesia, Sarjana (Sains) dalam bidang Solid State Physics daripada Bedford College, University of London dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Experimental Solid State Physics, Imperial College London.

Seluruh warga universiti mengucapkan tahniah kepada Profesor Dato’ Dr Mohd Noh Dalimin atas lantikan semula tersebut dan diharapkan YBhg Dato’ akan terus memimpin UTHM ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

 datonc

Tarikh: 18 Oktober 2013

Dikeluarkan oleh:

Shafry bin Salim

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat

Pejabat Naib Canselor