Yang Amat Mulia Tunku Idris Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam sempena meraikan Pegawai Muda PALAPES UTHM yang telah ditauliahkan pada bulan Julai lalu.

Majlis makan malam telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor,  Johor Bahru. Seramai 87 orang Pegawai Muda PALAPES UTHM telah ditauliahkan pada 6 Julai 2013 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM merangkap komandan PALAPES dan datin, Prof. Dr. Hashim bin Saim, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UTHM serta pegawai-pegawai kanan university.

Daripada 87 Pegawai Muda tersebut 21 orang telah bergraduasi iaitu 10 orang pemegang diploma dan 11 orang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang masing-masing.

 rejimental2web_406x115_d29cb8536419ccd1e9285167e0a30079

Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia