CHINA – Penyertaan julung kali Pasukan Mendayung UTHM dengan kontigen seramai 17 atlet dan 3 Pegawai dalam 2nd ASEAN-China Student Rowing Competition 2023 membuahkan hasil apabila berjaya meraih gelaran ‘Juara Keseluruhan’ dengan 48 mata mendahului lapan pasukan lain.

Penyertaan peringkat antarabangsa itu merupakan satu penghormatan apabila UTHM terpilih mewakili salah satu pasukan mendayung universiti di rantau Asia Tenggara yang menerima jemputan daripada pihak Universiti Tianjin, China.

Penyertaan tersebut sekali gus telah memecah dominasi lapan penyertaan universiti daripada China dan ASEAN menerusi keempat- empat acara yang ditawarkan.

Pasukan UTHM memenangi dua emas menerusi acara Men Eight (M8+) dan Women Quadraple (W4x) dan dua perak menerusi Men Quadraple (M4x) dan Mixed Relay Ergometer.

Untuk rekod, jemputan pasukan ke kejohanan ini adalah berdasarkan profil prestasi dan kecemerlangan pasukan dalam arena sukan mendayung di negara masing-masing.