UTHM berjaya raih tempat di Pameran Reka Bentuk Dalaman Antarabangsa 2023

Oleh Ts. Ahmad Anwar Safwan Sidek

SURABAYA – Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot) dengan Kepujian, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih tempat kedua dan ketiga bagi kategori ‘Reka Bentuk Produk’ Ketika menyertai Pameran Reka Bentuk Dalaman Antarabangsa (INDEX 2023) pada 18 hingga 23 Julai 2023 di Ciputra World Mall, Surabaya, Indonesia.

Manakala Lee Yi Wen meraih tempat kedua apabila beliau mempertaruhkan projek sarjana muda berkaitan Meja Ruang Kerja.

Rekaan beliau bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan keselesaan ergonomik meja ruang kerja bagi meningkatkan lagi produktiviti dan kesejahteraan pekerja.

Nur Hazwani Ibrahim berjaya meraih tempat ketiga dalam pameran tersebut dengan menampilkan projek pelajar tahun akhirnya iaitu ‘Troli.’

Rekaan yang dihasilkan bertujuan menangani masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa berulang alik dari dapur ke ruang makan.

Ianya tertumpu kepada pengguna yang mahukan ruang makan kelihatan kemas tanpa gangguan peralatan atau perkakas di atas meja.

Kedua-dua mereka berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik daripada 300 lebih jumlah penyertaan.

 

INDEX 2023 juga memilih pelajar UTHM, Wirdawati Waladi sebagai salah seorang daripada enam finalis untuk kategori ‘Reka Bentuk Produk.’

Untuk rekod, pelajar UTHM, Chua Chooi Foong juga pernah mendapat tempat ketiga ketika menyertai INDEX 2022 pada tahun lalu.

INDEX merupakan satu aktiviti pameran projek pelajar tahun akhir yang dianjurkan oleh Program Reka bentuk Dalaman, Universiti Kristen Petra (PCU).

Program tersebut merupakan sebuah acara rasmi tahunan yang melibatkan penyertaan beberapa negara bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dari negara-negara yang terlibat untuk lebih berani tampil ke peringkat antarabangsa.

Penganjuran INDEX secara hibrid pada tahun ini diadakan sebagai satu bentuk kerjasama antara Universiti Kristian Petra, UTHM, Sunway Universiti Malaysia, Universiti Kristian Chung Yuan Taiwan dan Universiti Zokei Tokyo.

Program tersebut diisi dengan penganjuran seminar dalam talian yang melibatkan penceramah jemputan dari Indonesia, Malaysia dan Taiwan.  

Manakala kemuncak acara pula menyaksikan ‘Anugerah Super Juri’ yang memberi peluang kepada pelajar membentangkan rekaan mereka secara dalam talian bertujuan mendapatkan maklum balas di hadapan juri yang terdiri daripada tenaga pakar dari negara berbeza.

Untuk maklumat lanjut berkaitan acara tahunan INDEX ini, sila layari pautan.. https://www.instagram.com/indexpetra/

 

Berita ini juga diterbitkan di:

1. Malaysia Gazette (malaysiagazette.com), 26 Julai 2023: INDEX 2023: UTHM raih tempat kedua, ketiga

INDEX 2023: UTHM raih tempat kedua, ketiga

 

2. Oriental Daily (orientaldaily.com), 29 July 2023 : ??????????????????????????

(Projek Reka Bentuk Pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM Menang Tempat Kedua Peringkat Antarabangsa)

https://www.orientaldaily.com.my/news/education/2023/07/29/584214

 

3. See Hua (news.seehua.com), 29 July 2023: ??????????? ??????????????

(Projek Reka Bentuk Pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM Menang Tempat Kedua Peringkat Antarabangsa)

??????????????????????????

 

 

 

4. Berita Harian (muka surat: P21), 14 Ogos 2023: Dua pelajar UTHM catat kecemerlangan dalam INDEX 2023

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanKeratan Akhbar 2023Pengurusan Teknologi Perniagaan
Subscribe