BATU PAHAT – Bagi memberi pendedahan ilmu baharu kepada pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Kelab Pengurusan Pembinaan (CMC) telah menganjurkan program International Construction Week 15.0 (CW) secara dalam talian pada 15 hingga 19 Januari 2023 yang bertemakan “Creating A Brighter Future, Together.”

Penasihat kelab CMC, Ts. Dr. Mohd Yamani Yahya berkata program Construction Week 15.0 pada kali ini diadakan bertujuan untuk meneruskan usaha memperkenalkan kelab CMC di peringkat antarabangsa.

Manakala Ketua Jabatan Pengurusan Pembinaan, Prof. Madya Dr. Rozlin Zainal, berkata program CW merupakan antara program yang setiap semester akan dilaksanakan dengan tujuan untuk menambah ilmu kepada pelajar-pelajar baharu.

Program yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan staf FPTP itu tidak hanya bertumpu kepada pembentangan pelajar, pertandingan revit dan tiktok namun juga perkongsian daripada panel-panel jemputan dengan tajuk-tajuk berkaitan yang sangat menarik.

Antara panel jemputan yang turut serta, LAr. Ts. Dr Kamalludin Bilal dan wakil JKR BIM, Ir. Ts. Mohd Faiz Shapiai serta panel daripada Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Indonesia, Profesor Dr. Pradini Puspitaningayu.

Menariknya, penganjuran program kali ini turut disertai oleh pelajar dan staf dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar Perak dalam rangka lawatan ke kampus yang diadakan di bawah perjanjian persefahaman (MoU) yang telah dimeterai sebelumnya.

Turut diadakan, jualan makanan berkonsepkan Food Truck (Mobile Fiesta) pada 17 dan 18 Mei di bawah kendalian Pensyarah FPTP, Anim Zalina Azizan bagi memeriahkan program.

Sementara itu, Dekan Fakulti, Profesor Madya Dr. Shafie Mohamed Zabri dalam ucapan perasmiannya berkata semasa upacara perasmian CW 15.0 berkata penganjuran program seumpama itu diharap mampu menarik minat pelajar sekali gus menambah ilmu baharu hasil penglibatan industri.