BATU PAHAT- Kelab Pengurusan Pembinaan (CMC), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah menganjurkan program International Construction Week 15.0 (CW) secara dalam talian pada 15 hingga 19 Januari 2023 yang bertemakan “Creating A Brighter Future, Together.”

Program tersebut tidak hanya melibatkan penyertaan warga FPTP namun turut mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar, Perak serta panel jemputan dari luar negara.

Program ini tidak hanya berfokus kepada pembentangan pelajar, pertandingan revit dan tiktok namun juga perkongsian daripada panel-panel jemputan dengan tajuk perkongsian yang menarik.

Antaranya perkongsian daripada panel jemputan yang telah berpengalaman dalam industri iaitu LAr. Ts. Dr Kamalludin Bilal dan wakil dari JKR BIM, Ir. Ts. Mohd Faiz Shapiai serta panel daripada Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Indonesia, Pradini Puspitaningayu.

Penasihat kelab CMC, Ts. Dr. Mohd Yamani Yahya berkata program Construction Week 15.0 pada kali ini bertujuan memperkenalkan kelab CMC di peringkat antarabangsa.

Manakala Ketua Jabatan Pengurusan Pembinaan, Prof. Madya Dr. Rozlin Zainal, berkata program CW merupakan antara program yang setiap semester akan dilaksanakan dengan tujuan untuk menambah ilmu kepada pelajar-pelajar baharu.

“Program kali ini diadakan dengan meriah dengan sambutan hangat yang diterima daripada wakil UiTM Seri Iskandar Perak.

Program lawatan dari UiTM Seri Iskandar, Perak ini merupakan di bawah aktiviti MoU UTHM dan UiTM,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah FPTP, Anim Zalina dengan kerjasama Mobile Fiesta turut menyumbang kepada kejayaan CW 15.0 pada kali ini dengan menyediakan jualan makanan Food Truck pada 17 dan 18 Jnauari lalu bagi kemudahan pelajar.

Manakala Dekan FPTP, Profesor Madya Dr. Shafie Mohamed Zabri turut berharap penganjuran program seumpama itu dapat menarik minat pelajar sekali gus menambah ilmu baharu dan pendedahan berkaitan industri kepada pelajar.