Tiga graduan Konvokesyen Ke-21 dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi kumpulan pertama berjaya memperoleh Pensijilan Profesional “BIM Modelling of Infrastructure (Road & Highway)” ketika berlangsungnya kursus Siri 1 pada 21-26 MAC 2022 yang diadakan di myBIM CENTRE, Menara Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Mereka terdiri daripada Nurfasha Aqilah Shamsul, Nur Hazwani Hasmadi dan Mimi Liyana Ismail.

Kursus dengan kerjasama CIDB ini merupakan yang pertama diadakan dalam kalangan institut pengajian tinggi di Malaysia bagi memenuhi keperluan semasa khususnya dalam bidang kejuruteraan jalan raya.

Kursus ini terbuka kepada graduan UTHM khususnya pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, FKAAB yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Penganjuran kursus ini juga merupakan kerjasama antara FKAAB, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni, UTHM, CIDB E-Construct Services Sdn Bhd dan TSYR Industries Sdn Bhd.

Manakala kursus siri kedua pula berlangsung pada 22 hingga 28 Mei 2022 lalu.