ITEX 2022: UTHM hantar 10 produk, bawa pulang 10 pingat

Naib Canselor UTHM, Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim bergambar bersama kumpulan penyelidik yang menyertai ITEX 2022

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mencatat rekod apabila berjaya membawa pulang 10 pingat hasil penyertaan 10 produk penyelidikan ketika menyertai Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 22).

UTHM berjaya meraih tujuh pingat emas dan tiga perak melalui penyertaan produk hasil kajian dan penyelidikan pensyarah dari pelbagai fakulti.

Kejayaan ini membuktikan aktiviti penyelidikan di UTHM mampu menarik perhatian umum sekali gus mampu bersaing dengan universiti ternama lain di Malaysia.

Pameran kali ke-33 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei ini disempurnakan oleh Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Seri Dr. Adham Baba.

Turut hadir Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Elain Lockman serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mohd Shahir Omar.

ITEX 2022 kali ini mempamerkan lebih 500 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar negara, sekolah rendah dan menengah, termasuklah sektor swasta dari lebih 20 negara antaranya Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, Arab Saudi, Iran, Korea dan Malaysia.

Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UTHM melalui Pengarahnya, Profesor Ts. Dr. Norzila Othman mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan semua penyelidik yang menyertai ITEX 2022.

“Pencapaian ITEX 2022 pada kali ini sangat membanggakan kerana jumlah penerimaan emas meningkat berbanding pada tahun 2021, yang hanya membawa pulang empat pingat emas dan enam perak.

Tambah beliau, menjadi hasrat UTHM meliberalisasi keupayaan pensyarah dengan tujahan motivasi sekali gus sebagai tarikan kepada mereka untuk menjana dapatan kepada universiti.

“Komitmen ini juga sebagai satu langkah untuk membawa UTHM kepada Global Technopreneur University (GTU 2030),” katanya.

 

 

Bil

Nama

Fakulti

Tajuk

 

Pingat

1

PROF. MADYA Ts. Dr. ELMY JOHANA BINTI MOHAMAD

FKEE

Smart Agriscan

Emas

2

Dr. KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAD

FKEE

TPR-VOLTAGE: A Test Point Remote Potential Measurement for a Cathodic Protection System

Emas

 

3

Dr. NUR’AIN BINTI IDRIS

PPD

TPM (Tsunami Prediction Model)

Perak

4

PROF. MADYA Dr. ANGZZAS SARI BINTI MOHD KASSIM

FTK

FLYBACSIN Spray: An Anti-Bacterial & Insect Repellent for Agricultural and Household Application

Emas

 

5

Gs. Dr. EDIE EZWAN BIN MOHD SAFIAN

FPTP

Plant-based Carbon Offsetter (Pb-COs): Decarbonisation of Real Estate

Perak

 

6

Dr. AQILAH BINTI AWG ABDUL RAHMAN

FAST

PAN-GAEA MEAL: USING PALM KERNEL EXPELLER (PKE) – FED BLACK SOLDIER FLY (HERMETIA ILLUCENS) AS ANIMAL FEED

Emas

7

Dr. MIMI SULIZA BINTI MUHAMAD

FTK

HYDROMAC ADSORBENT FROM TILAPIA FISH SCALE FOR WATER TREATMENT

Emas

8

Ts. Dr. AHMAD FATEH BIN MOHAMAD NOR

FKEE

A GRAPHICAL USER INTERFACE (GUI) PLATFORM FOR PHOTOVOLTAIC TECHNOLOGY EDUCATION

Emas

9

PROF. MADYA Dr. ALONA CUEVAS LINATOC

FAST

CO2 Assimilation Dashboard for Plantae (CADE)

Perak

 

10

Dr. AZITA BINTI ALI

FPTV

3D Interactive Video for Rules of Using Personal Protective Equipment (PPE) in Workshop

Emas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan Inovasi
Subscribe