Oleh Ts. Dr. Siti Nur Mariani Mohd Yunos

SEPANG – Delegasi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM) telah mengunjungi ADMAL Aviation College pada 19 Januari 2022 lalu bagi menyempurnakan sesi menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), sekali gus melawat fasiliti yang ditawarkan di kolej tersebut.

MoA tersebut dimeterai setelah kedua-dua organisasi bersetuju untuk berkolaborasi dalam pelaksanaan program akademik, khususnya yang berkaitan dengan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang), pembangunan dan latihan staf, serta lain-lain aktiviti yang akan dipersetujui bersama.

Pelajar-pelajar yang ditempatkan di ADMAL akan mengikuti latihan pelesenan penyenggaraan pesawat bagi memenuhi keperluan CAAM Part 66 Aircraft Maintenance Engineer License Category B1.1 (Mechanical).

Delegasi UTHM diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Bukhari Manshoor.

Pada majlis ringkas tersebut, pihak ADMAL diwakili oleh Haji Abd Malek Packeer Mohamed bagi menyempurnakan sesi menandatangani dokumen MoA.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), FKMP, Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Hafeez Zainulabidin dan Azizul Hisham Che Hashim selaku wakil daripada ADMAL.

Hadir sama, beberapa wakil daripada fakulti iaitu Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Ts. Dr. Syariful Syafiq Shamsudin, Ketua Panel Penyenggaraan Pesawat, Ts. Dr. Siti Nur Mariani Mohd Yunos dan Penyelaras Kolaborator, Ts. Qamarul Ezani Kamarudin serta pegawai-pegawai daripada ADMAL.