Misi 2022: SPEED UTHM kekal fokus kelestarian pembangunan profesional dalam pendidikan

BATU PAHAT, 10 Jan 2021 Pusat Penyelidikan Sustainable Professional Education and Excellent Development (SPEED), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ditubuhkan bagi memberi fokus kepada pembangunan profesional dalam pendidikan melalui penyelidikan, perundingan, latihan, khidmat komuniti dan penerbitan akademik

Pusat ini ditubuhkan secara rasminya pada 1 Mei 2020 di bawah Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV).

Menurut ketua pusat, Profesor Ts. Dr. Mimi Mohaffyza Mohamad, penubuhan utama pusat ini bertujuan bagi membantu untuk memperkasakan lagi pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui penyelidikan, latihan dan serta perundingan berasaskan kepelbagaian disiplin pendidikan dan pendidikan Latihan dan Vokasional (TVET).

“Kami menetapkan tujuh tujah utama fokus pusat berpandukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu pendidikan berkualiti serta pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi bagi memastikan kepelbagaian kepakaran dalam memperkasakan bidang sokongan TVET,” ujar beliau.

Fokus utama Pusat bagi tahun 2022 adalah mempertingkatkan lagi keterlihatan kepakaran yang dimiliki oleh pusat dari aspek perkhidmatan latihan, penyelidikan dan perundingan dalam bidang kelestarian profesional pendidikan selari dengan tagline “UTHM produces professionals”

Pusat Penyelidikan SPEED telah meletakkan sasaran untuk dikenali dan menjadi pakar rujukan dalam memberikan latihan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang profesional pendidikan.

Pusat ini terdiri daripada sembilan penyelidik utama dengan konsep “Empowering Nation with Sustainable Education” melalui tiga bidang tujah iaitu Teaching/ Training Methodology, Innovation and Curriculum Development, Philosophy and Values, Internationalisation and Mobility serta Leadership and Management, Career Development, Test and Measurement in Education.

 

Categories
Pendidikan Teknikal Vokasional
Subscribe