BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) telah berjaya menganjurkan satu pertandingan inovasi penyelidikan peringkat kebangsaan iaitu National Innovation and Invention Exhibition 2019 (NIICE2019) pada 14 November lalu.

Menariknya, pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan apabila mendapat penyertaan sebanyak 247 inovasi, terdiri daripada 41 sekolah rendah, 29 sekolah menengah, 48 sijil/diploma, 79 undergarduate/postgraduate dan 60 staf/ profesional.

Menurut Pengarah Program, Dr. Arifuddin Joret juga dari FKEE, program NIICE2019 ini merupakan salah satu usaha UTHM untuk mencetuskan semangat dan aura positif inovasi penyelidikan dalam kalangan warga, tidak kira staf mahupun pelajar di dalam dan di luar UTHM.

Jelas beliau lagi pertandingan ini telah dibahagikan kepada lima kategori iaitu kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sijil dan Diploma, Undergraduate/Postgraduate dan Staf/Profesional.

“Terdapat 13 anugerah yg telah ditawarkan terdiri tujuh Anugerah Khas atau ’Special Award,’ lima Anugerah ‘Best Category’ dan satu Anugerah Utama ‘Best of The Best,” tambahnya.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dekan FKEE, Profesor Madya Dr. Rosli Omar yang juga merupakan penasihat program NIICE2019.

Beliau dalam ucapannya berkata pihak fakulti khususnya, sangat berbangga dan berterima kasih kepada kumpulan fokus FKEE yang telah banyak menyumbang kepada Anugerah Khas (Special Award) sekali gus mampu menyemarakkan lagi usaha-usaha inovasi yang telah dilakukan oleh para peserta.

“Anugerah ‘Best Category’ yang diraih oleh UTHM menerusi projek Slidebiz pula turut memberi peluang kepada setiap peserta bagi kategori yang berlainan untuk bersaing secara sihat dan kompetatif, tahniah diucapkan,” katanya.

 

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap anugerah di NIICE2019.

 

Anugerah Khas CSII

focus group

Smart WUDUK Kit

(SK Paya Jakas, Segamat, Johor)

 

Anugerah Khas IoT

focus group

Smart Campus Environment  System

(Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya)

 

Anugerah Khas PECS

focus group

Automated Off Grid Fertigation System

(Kumpulan Latihan Kelana Siswa UTHM)

 

Anugerah Khas InSeT

focus group

Pembangunan Kit DIY Smart Home Installation

(Kolej Komuniti Bukit Beruang/Kolej Komuniti Selandar, Melaka)

 

Anugerah Khas IEEESPS Automated Diagnosis and Prognosis of
Chronic Wounds for E-Health Applications
(Multimedia University, Selangor)

 

Anugerah Khas IEEESMC Smart Feeder Monitoring

(Politeknik Muadzam Shah, Pahang)

 

Anugerah Khas Maker Space In Order!

(SK PINTAS RAYA)

 

Anugerah Best Category

(Primary School)

‘Azzakiyatun’ Holder

(SK Seri Puteri, Batu Pahat)

 

Anugerah Best Category

(Secondary School)

Nano Neem Husk Diaper

(Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid, Johor)

 

Anugerah Best Category

(Sijil dan Diploma)

Smart Campus Environment System (Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya)

 

Anugerah Best Category (Undergraduate/Postgraduate) Automated Diagnosis And Prognosis of Chronic Wounds For E-Health Applications

(Multimedia University)

 

Anugerah Best Category (Staf/Profesional) Slidebiz

(Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

 

.