BATU PAHAT – Majlis Anugerah Sukan UTHM 2018 anjuran Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 September lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI), kampus induk.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memanifestasikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para atlet, pengurus pasukan, barisan jurulatih serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan sukan di UTHM.

Pada majlis kali ini, sebanyak 16 anugerah dipertandingkan antaranya ialah anugerah Olahragawan, Olahragawati, Bintang Harapan, Program Sukan Terbaik dan Anugerah Khas Pusat Sukan.

Atlet mendayung UTHM, Muhammad Khasful Rahman Zakaria dan Syarifah Che Mahadi masing-masing dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati sekali gus membawa pulang piala, sijil penghargaan, wang tunai berjumlah RM750 serta baucer barangan sukan bernilai RM500 tajaan Rico Sport Sdn. Bhd. setiap seorang.

Majlis yang bertemakan Arabian Night ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Professor Madya Dr. Afandi Ahmad.

 

Senarai Penerima Anugerah 2018

BIL ANUGERAH PEMENANG
1. Olahragawan Muhammad Khasful Rahman Zakaria
2. Olahragawati Syarifah Che Mahadi
3. Bintang Harapan Lelaki Muhammad Alif Mat Amin
4. Bintang Harapan Wanita Nurul Asyikin Mohd Azahari
5. Pasukan Lelaki Terbaik(Individu) Pasukan Mendayung
6. Pasukan Wanita Terbaik(Individu) Pasukan Mendayung
7. Pasukan Lelaki Terbaik (Berkumpulan) Pasukan Futsal
8. Pasukan Wanita Terbaik(Berkumpulan) Pasukan Bola Jaring
9. Program Sukan Terbaik Kejohanan Ragbi Combat 10’s
10. Pengurus Pasukan Lelaki Terbaik Mohd Suhayl Azmin
11. Pengurus Pasukan Wanita Terbaik Siti Nuriziani M. A’ashri
12. Jurulatih Pasukan Lelaki Terbaik (Individu) En. Mohd Ridhwan Yaacob
13. Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik (Individu) En. Mohd Ridhwan Yaacob
14. Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik (Berpasukan) En. Asrul Nizam Mustari
15. Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik (Berpasukan) En. Mesafizam Misri
16.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anugerah Khas Pusat Sukan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khairul Amirul Azim Abdullah
Amirul Asyraf Mohd Bakeri
Mohd Haikal Jamaludin
Mohd Arif Ashraf Mohd Rusok
Nur Zarinah Zakaria
Nur Dini Hazwani Sumeri
Nur Rasyidah Shamsul Bahari
Nurul Hanis Amer
Nabill Lokman
Amirul Asyraf Mohd Bakeri
Muhammad Safwan Hakim bin Mahadzer
Muhammad Faiz bin Rahim
Mohammad Zulhilmi Kaharuddin
Lutfi Amin Mohd Basar
Mohd Hilmi Abd Rahim
Liza Apandi
Hirman Mohamad
Ishak Hashim

 

Senarai Nama Penyelaras Pasukan UTHM:

BIL ANUGERAH PENYELARAS
1. Sofbol/ Badminton En. Amirul Bahri Kamdani
2. Bola Jaring/ Bola Baling Pn. Nuur Nasyrah Mat Hassan
3. Lawn Bowls/ Petanque Pn. Tuan Noraini Tuan Mohd
4. – Olahraga/ Berbasikal En. Muhammad Yazid Abu Talib
5. Mendayung/ Kayak/ Dragon Boat En. Shaid Jaffar
6. Mendayung/ Kayak/ Bola Keranjang Pn. Farhawahidah Ahmad Puad
7. Bola Tampar/ Ragbi/ Mendaki En. Jasnizam Sami
8. Futsal/ Catur/ Kabaddi En. Khairul Amir Hamzah
9. Sepak Takraw/ Sukan Bela Diri En. Mohd Hazrin Abd Rahman
10. Squash En. Zulkifli Harun
11. Bola Sepak En. Saiful Norashid Normadiah
12. Hoki En. Muhammad Najib Yaakup
13. Renang Pn. Norida Kassim
14. Tenpin Boling Pn. Rohmaton Muslik
15. Ping-Pong En. Abdul Halim Shah Abd Hamid