Yayasan pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melantik Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Dr. Fadillah Ismail sebagai perunding dalam menjalankan Kajian Indeks Kesejahteraan Negeri Johor (IKKNJ) pada tahun 2017 dan 2018.

Lantikan tersebut berjaya menghasilkan buku penyelidikan yang merupakan satu inisiatif untuk mengukur tahap kesejahteraan keluarga khususnya rakyat di negeri Johor. Melalui buku ini pihak YPKDT dapat merancang pelbagai aktiviti dan program intervensi dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga.

Buku penyelidikan IKKNJ’17 dan IKKNJ’18 (Kota Tinggi) telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor, YB Puan Hajah Asiah Haji Md Ariff pada majlis perasmian program FACE dan Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang berlangsung pada 17 Mac lalu bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Air Tawar, Felda Air Tawar 2 , Kota Tinggi, Johor.

t2 t3