Batu Pahat,29 Jan – “Sebagai sebuah universiti teknikal, kita mesti jelas dan memahami falsafah universiti ini. Usaha melakukan transformasi profesionalisme mesti diperkemaskan oleh semua staf dan juga pelajar.”

Demikian antara amanat Naib Canselor, Profesor Dr. Wahid Razzaly yang dikongsikan ketika berlangsungnya Majlis Amanat Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tahun 2018 di dua lokasi berbeza melibatkan kampus induk dan kampus cawangan Pagoh pada hari yang sama.

Profesor Dr. Wahid dalam amanatnya turut menekankan budaya disiplin dalam pengurusan masa yang mana ianya merupakan elemen penting dalam mencorak sesuatu kejayaan yang ingin dicapai. Beliau juga amat mengharapkan warganya dapat memimpin dan menguruskan universiti secara muafakat dengan melakukan perubahan dalam cara berfikir.

“Budaya menepati masa perlu diperkukuhkan di semua peringkat dan kita perlu mengubah cara kita berfikir untuk mencapai kecemerlangan di samping saling menghormati antara satu sama lain,”katanya.

Majlis Amanat yang membawa tema “UTHM 2018 ; Transformasi Insan dan Ilmu” ini diadakan bertujuan mewujudkan hubungan komunikasi dua hala secara temuan mata antara Naib Canselor dan warga kerja universiti di samping sebagai platform untuk menyampaikan hasrat dan perancangan universiti bagi tahun semasa untuk dikongsikan kepada sekalian warganya.

Turut diadakan semasa majlis berlangsung, pelancaran Inisiatif Kampus Digital UTHM melibatkan empat hasil inovasi iaitu aplikasi telefon pintar MYUTHM yang mana staf boleh mengakses data dengan lebih mudah, aplikasi MYSP@CE yang bakal membantu staf dalam pengurusan projek, Sistem SASAR yang mengaplikasikan teknologi kod QR dalam proses rekod kehadiran kuliah dan pembangunan MOOC.

26993875_10157428762912588_6875756936642003828_n

pelancarandigitalkampus

kampus digital

amant

pagoh1