Karnival Sukan MASUM 2017 telah berlangsung pada 08 hingga 21 Julai yang lalu adalah kejohanan tahunan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) melibatkan semua instititusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Kejohanan yang berlangsung selama 2 minggu ini diadakan di sekitar Lembah Klang yang mana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi tuan rumah pada edisi penganjuran kali ini.

UTHM menghantar sebanyak 12 jenis permainan iaitu bola tampar lelaki, berbasikal lelaki, boling padang lelaki dan wanita, bola baling lelaki dan wanita, olahraga lelaki dan wanita, taekwando lelaki dan wanita, tenpin boling lelaki dan wanita, karate-do lelaki dan wanita, sepak takraw lelaki, catur wanita dan bola jaring wanita. Seramai 150 orang atlet dan pegawai membawa cabaran meraih pingat pada karnival tahun ini.

Secara keseluruhan, UTHM berjaya memperolehi 2 pingat emas, 8 pingat perak, dan 8 gangsa dalam Karnival Sukan MASUM 2017 ini. Antara acara yang memberi sumbangan dalam kutipan pingat ialah tenpin boling, karate, taekwondo, olahraga, dan boling padang. Lebih istimewa lagi Pasukan Boling Padang Lelaki UTHM telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi acara tersebut mengalahkan juara bertahan iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Semoga pencapaian ini akan mencetus inspirasi di kalangan warga UTHM untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan sepanjang tempoh pengajian mereka walaupun sibuk dengan urusan pembelajaran. Penglibatan atlet UTHM di dalam Karnival Sukan MASUM ini juga merupakan sebagai tanda sokongan UTHM terhadap program-program sukan utama anjuran MASUM dan KPT. Diharapkan semoga melalui acara sukan ini dapat membentuk dan membina kemahiran insaniah pelajar agar menjadi mahasiwa yang terbaik di lapangan perkerjaan nanti.

‘We Are UTHM Athlete Warrior’

masum 2017