Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima seramai 740 orang pelajar baharu bagi program Diploma sesi 2017/2018 pada hari pertama pendaftaran yang berlangsung pada hari ini, 28 Mei 2017.
Daripada jumlah tersebut 504 orang terdiri daripada pelajar lelaki manakala 236 lagi adalah pelajar perempuan. Bagaimanapun, jumlah pendaftaran pelajar terus meningkat sehingga tempoh rayuan berakhir. Pelajar-pelajar baharu tersebut menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan oleh pihak universiti dan mereka diwajibkan mengikuti Minggu Haluan Siswa (MHS) yang berlangsung selama seminggu bermula 28 Mei hingga 1 Jun ini.
Dalam minggu orientasi tersebut, para pelajar akan mengikuti beberapa sesi antaranya Sesi Bersama Kepimpinan Negara dan Kepimpinan Universiti, Sesi Bersama Timbalan Naib Canselor, Sesi Bersama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Program “Starting School” serta  Majlis Iftar.” Turut diadakan beberapa sesi taklimat seperti Taklimat Pengenalan Universiti, Taklimat Pusat Teknologi Maklumat, Taklimat PTPTN, Perpustakaan, Tatatertib Pelajar dan juga Keselamatan.
Kesemua acara yang diadakan ini bertujuan membantu pelajar-pelajar baharu tersebut mengenali universiti ini dengan lebih dekat di samping merapatkan lagi hubungan mereka dengan warga kerja UTHM.
UTHM terima 740 pelajar baharu Program Diploma sesi 2017/2018
UTHM terima 740 pelajar baharu Program Diploma sesi 2017/2018