614 pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda bagi sesi semester II Sesi 2015/2016 mendaftarkan diri di kampus induk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 15 Februari 2016 baru-baru ini. Kesemua pelajar baharu tersebut akan menjalani Minggu Haluan Siswa (MHS) yang dijadual berlangsung selama empat hari bermula 15 hingga 18 Februari ini bertempat di sekitar kawasan kampus.
Pihak universiti mengucapkan selama datang dan tahniah kepada pelajar-pelajar tersebut kerana berjaya terpilih menjadi sebahagian warga UTHM. Selamat menghadapi alam kampus….
5

Source: 614 pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda daftar diri di UTHM