Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Felo Kolej Kediaman, Pelancaran Laman Web P2P/Kolej Kediaman dan Program Selongkar Ilmu bersama Timbalan Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 30hb Disember, 2015 di Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.
Program ini telah dihadiri oleh semua Pengetua-pengetua Kolej Kediaman, Timbalan-timbalan Pengetua, Felo-felo, Penolong Pengurus Asrama, Penyelia Asrama, staf-staf Kolej Kediaman dan Staf di Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar.
Seramai 10 orang Felo Kolej Kediaman yang baharu telah menerima watikah perlantikan dari Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Tun Fatimah, Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, Kolej Kediaman Perwira dan Kolej Kediaman Tanpa Asrama.
Selain itu, Laman Web P2P/Kolej Kediaman juga dilancarkan dan kedua-dua program itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat.
Profesor Dr. Mohamed Fadzil Che Din telah menyampaikan ceramah bertajuk “Program Selongkar Ilmu bersama TNCHEPA UPNM” iaitu satu perkongsian ilmu yang berhubung kait dengan Asas dan Falsafah Kolej Kediaman merangkumi tempat tinggal, perlindungan, penjagaan, keselamatan serta pemeliharaan dari segi roh, akal, perasaan dan fizikal.
Beliau turut membincangkan secara lanjut maksud Autonomi iaitu kebebasan mutlak yang membolehkan seseorang itu sedia maklum dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing di samping boleh berkerja dengan sendiri, dapat memberikan manfaat kepada orang lain serta berkarisma dan berkomitmen tinggi.  – Tecnically Above The Rest 

Source: P2P anjur tiga program serentak – tingkat prestasi Kolej Kediaman UTHM