Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah Menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha menggalakkan dan menyuburkan lagi penerbitan ilmiah dalam kalangan staf UTHM.

Majlis menandatangani MoU itu telah diadakan sempena Anugerah Penerbitan Universiti (APU) 2014 yang berlangsung pada 4 November 2014 di Dewan Sultan Ismail, UTHM.

UTHM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’Dr. Mohd. Noh Dalimin manakala DBP diwakili oleh Ketua Pengarah,  Datuk Dr. Hj. Awang Sariyan.

Terdahulu, Profesor Madya Dr. Yusri Yusof dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan telah diumumkan sebagai Tokoh Penerbitan sempena APU 2014 yang menerima wang tunai sebanyak RM3000, sijil dan trofi manakala Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail diumumkan sebagai Penulis Muda yang turut menerima wang tunai RM1000, sijil dan trofi.

Terdapat beberapa kategori lain yang dipertandingkan dalam APU 2014 iaitu Kategori Anugerah Buku Terbaik Bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan,  Anugerah Buku Terbaik Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial, Anugerah Buku Terlaris, Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Buku, Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Artikel Jurnal, Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Kertas Kerja Persidangan serta Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Modul Pembelajaran.

APU 2014 kali ini juga turut memberikan penghargaan kepada 50 Penulis Berindeks Scopus membabitkan tiga kategori iaitu documents, citations, H-index.

APU 2014 merupakan program anjuran Pejabat Penerbit UTHM yang diadakan dua tahun sekali dalam usaha menghargai sumbangan karya yang berjaya diterbitkan dalam kalangan warga universiti.

APU ini juga dilihat mampu merangsang penghasilan bahan-bahan penulisan ilmiah di samping meningkatkan daya saing dalam penulisan yang berkualiti sekali gus meningkatkan imej penerbitan ilmiah universiti.

Sementara itu, sebanyak 37 buah buku terbitan Penerbit UTHM dan kedai buku elektronik UTHM iaitu Ebookstore.uthm.edu.my turut dilancarkan dalam majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’Dr. Mohd. Noh Dalimin.

 

SENARAI PENERIMA APU 2014 MENGIKUT KATEGORI

Anugerah Tokoh Penerbitan
 

Prof. Madya Dr. Yusri Bin Yusof

FKMP

 

Anugerah Penulis Muda
 

Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail

FKEE

 

Anugerah Buku Terbaik

Bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan

 

Pertama :

Neural Network System Identification Experimental Approach Of  A Car Modelling

Dr. Dirman Hanafi bin Burhannuddin

FKEE

 

Kedua :

Reflectarray Antennas For Strategic Defense Technology

Profesor Madya Dr. Muhammad Yusof bin Ismail

FKEE

 

Ketiga :

Numerical Methods With Excel

Profesor Madya Dr. Tay Kim Gaik

FSTPI

 

Anugerah Buku Terbaik

Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial

 

Pertama :

Total Quality Management

Dr. Hj. Torehman@Rosmaini bin Hj. Tasmin

FPTP

 

Anugerah Buku Terlaris
 

Pertama :

Tun Dr. Ismail : Merintis Kepemimpinan Berintegriti

Prof. Madya Dr. Khairul Azman bin Mohd. Suhaimy

FSTPI

 

Kedua :

Mandarin Made Simple

Encik Lim Hong Swan

FSTPI

 

Ketiga :

Total Quality Management

Dr. Hj. Torehman@Rosmaini bin Hj. Tasmin

FPTP

Anugerah Hadiah Khas Fakulti

Kategori Buku

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)

Kategori Artikel Jurnal

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP)

 

Kategori Kertas kerja persidangan

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)

 

Kategori Modul Pembelajaran

Pusat Pengajian Diploma (PPD)

Source: MoU bersama DBP suburkan Penerbitan Ilmiah Staf UTHM