UTHM tuan rumah Sukan Tahunan Universiti Malaysia-Indonesia (SUKMALINDO) kali ke-7

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah sempena penganjuran Sukan Universiti Malaysia–Indonesia (SUKMALINDO)2014 yang diadakan pada 28 Ogos hingga 31 Ogos 2014 lalu. Kejohanan yang dianjurkan...
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah sempena penganjuran Sukan Universiti Malaysia–Indonesia (SUKMALINDO)2014 yang diadakan pada 28 Ogos hingga 31 Ogos 2014 lalu.
Kejohanan yang dianjurkan secara dwi tahunan ini telah mempertandingkan sebanyak lima acara sukan iaitu Badminton Berpasukan, Hoki Wanita, Sepak Takraw, Bola Tampar (Lelaki dan Wanita) serta  Futsal Lelaki dan seminar yang melibatkan hampir 250 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan Indonesia.
Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara,terutamanya hubungan mahasiswa dan mahasiswi dalam mengenali budaya dan adat resam bangsa, menerapkan nilai toleransi dan hubungan persahabatan serta bersaing secara sihat terutama dalam bidang sukan. Turut serta sebagai Tetamu Rasmi kontigen Indonesia adalah Direktur Akademik Direkorat Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Dr. llah Sailah.
Setiausaha Bahagian Kanan, Penyelarasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Encik Hasnol Zam Ahmad telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Sukan SUKMALINDO 2014. Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan juga pihak UTHM selaku penganjur kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Categories
AntarabangsaSukan

RELATED ARTICLE