100 pelajar Briged Siswa Siswi RELASIS bersama 20 orang Pegawai Kehormat (RELA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjalani program Ujian Menembak RELA (UKMR) pada 16 Mei lalu yang diadakan di Lapang Sasar,Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan (PLRWS), Sungai Udang ,Melaka.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengenalan dan cara-cara mengendalikan senjata api,  panduan serta kefahaman berkaitan tatacara mengurus tadbir aktiviti serta latihan mengikut modul-modul yang telah ditetapkan dalam RELASIS.

Latihan tersebut melibatkan penggunaan senjata Colt M-16 dan pistol Glock 9 mm melalui bimbingan Pegawai- pegawai RELA Daerah (PRD) negeri Johor dan pegawai bertugas dari Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan (PLRWS) Sungai Udang Melaka.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah RELA negeri Johor iaitu TPjR Haji Zaini Haji Jamari. Turut hadir, PPjKR Haji Yacub Md Jeni, Komandan RELA Melaka; PPjR Profesor Madya Kamarudin Khalid, Timbalan Komandan (Bahagian Operasi) RELASIS UTHM dan Prof. Madya Dr. Ahmad Esa, Superintendent (Kehormat RELA) yang juga Pengarah Pusat Kokurikulum.

Tumpuan utama turut mengambil kira sesi latihan mencegah serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap anggota bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku. Sepanjang kursus ini juga, para peserta diberi peluang merasai pengalaman sendiri dalam menyertai program menembak oleh jurulatih yang telah ditetapkan.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa bagi memberi peluang kepada pelajar RELASIS dan anggota RELA menonjolkan bakat masing-masing untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

ukmr-2014