PECIPTA 2019: UTHM raih 4 Emas, 5 Gangsa dan 5 Perak

BATU PAHAT- Kumpulan Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pegajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’19)...
DSC_5092

BATU PAHAT- Kumpulan Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pegajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’19) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), kampus induk pada 22 hingga 23 September lalu.

Lebih membanggakan, hasil inovasi E-Khairat – Muslim Cemetery Locator and Management System oleh Profesor Madya Sr. Ts. Dr. Mustaffa Anjang Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar telah menerima Anugerah Khas PECIPTA serta turut berjaya memperolehi pingat emas.

Pameran pertandingan penyelidikan dan inovasi dwi-tahunan yang melibatkan kesemua universiti awam dan swasta di Malaysia ini melibatkan penyertaan 458 inovasi dari pelbagai institusi yang dipertandingkan dalam lima kategori utama iaitu fundamental, inovasi, pengkomersilan STEM dan keperluan khas.

Manakala sebanyak lapan anugerah telah dipertandingkan di PECIPTA’19 iaitu Anugerah The Pitch, Anugerah PECIPTA, Juara Inovasi Pendidikan Khas, Top Winner Stem Young Inventor, Top Winner Fundamental, Top Winner Innovation, Top Winner Commercialization dan Best of the best.

Majlis penutup PECIPTA’19 yang diadakan pada 23 September itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Beliau dalam majlis tersebut turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang terpilih.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Dato’ Dr. Mohd Sofi Osman; Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin.

 

SENARAI NAMA PEMENANG PECIPTA 2019

NO PENYELIDIK TAJUK PINGAT
1 Prof. Madya Sr. Ts. Dr. Mustaffa Bin Anjang Ahmad E-Khairat – Muslim Cemetery Locator and Management System ANUGERAH KHAS
2 Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar PrimaTourism: Transforming Local Economy and Sustainable Conservation of the Endemic and Critically Endangered Banded Langur in Johor EMAS
3 Ts. Izat Bin Yahaya Hybrid Solar Micro Hydro System EMAS
4 Prof. Madya Sr. Ts. Dr. Mustaffa Bin Anjang Ahmad E-Khairat – Muslim Cemetery Locator and Management System EMAS
5 Prof. Madya Dr. Noor Yasmin Zainun Smart Composter Machine EMAS
6 Prof. Madya Dr. Mohd Zainizan Sahdan E-Coli Detector PERAK
7 Dr. Nor Hafizah Ngajikin Homecare Uric Acid Reader PERAK
8 Dr. Nadirul Hasraf Bin Nayan TriCPatch: Compact Dressing Patch with Controlled Drug Release for Wound Care Application PERAK
9 Prof. Madya Dr. Siti Zarina Mohd Muji Jaundice Optical Device PERAK
10 Ts. Dr. Noraini Marsi Hydro-Dyes PERAK
11 Dr. Afishah Binti Alias Integrated robot controlled by human brainwave using brain computer interface system GANGSA
12 Ts. Dr. Norazlin Abdullah Karela Pudding (Puding Peria) GANGSA
13 Dr. Suzi Salwati Jukan Fabrication and characterization of PLA/n-NAP nanobiocomposite for orthopedic applications GANGSA
14 Ts. Dr. Elmy Johana Mohamad A Non-Destructive Miniature Sensor for Composite Inspection GANGSA
15 Ts. Mohamad Luthfi Ahmad Jeni Ceramic Industrial Waste  Fine Aggregate (CIWfa) GANGSA

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan Inovasi

RELATED ARTICLE