RITEC 2019 tarik penyertaan lebih 100 projek inovasi

PAGOH – Penganjuran Research & Innovative Technology Competition (RITEC 2019) mendapat sambutan hangat apabila berjaya menarik lebih 100 penyertaan projek inovasi daripada institusi pendidikan sekitar negeri Johor. RITEC 2019...
WhatsApp Image 2019-09-16 at 09.18.40

PAGOH – Penganjuran Research & Innovative Technology Competition (RITEC 2019) mendapat sambutan hangat apabila berjaya menarik lebih 100 penyertaan projek inovasi daripada institusi pendidikan sekitar negeri Johor.

RITEC 2019 anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kampus Cawangan Pagoh dengan kerjasama Advanced Technology Centre (ATC) ini telah diadakan pada 10 September lalu bertempat di Dewan Serbaguna & Pusat Konvensyen, Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh, Johor.

Menurut Pengarah Program RITEC 2019, Ts. Dr. Mohd Nazrul Roslan, tahun ini pihaknya telah menerima banyak penyertaan daripada pelbagai institusi.

“Buat kali pertama RITEC membuka penyertaan ke sekitar daerah Muar, Tangkak dan Ledang dan berjaya menarik minat lebih 90 institusi pendidikan dan 10 buah sekolah menengah,” katanya

Antara institusi pendidikan yang terlibat selain UTHM adalah Universiti Teknologi Malaysia kampus Pagoh, Universiti Islam Antarabangsa kampus Pagoh, Universiti Teknologi MARA cawangan Segamat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Politeknik Tun Syed Nasir, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh, Kolej Komuniti Ledang dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak. Manakala sekolah yang terlibat pula adalah Sekolah Menengah Sains Muar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Maahad Muar, Maktab Rendah Sains MARA Muar, SMK Bukit Gambir Tangkak, SMK Tun Perak dan Kolej Vokasional Muar.

Pelbagai projek, idea dan reka cipta bertemakan “Spurring High Technology Development for Suistainable Future” yang berlandaskan inovasi serta teknologi IR4.0 telah dipertandingkan melalui pembentangan poster dan produk. Sebanyak sembilan kategori anugerah dipertandingkan termasuk tiga anugerah utama iaitu Anugerah Best of the Best RITEC 2019, Anugerah Kumpulan Fokus Penyelidikan terbaik keseluruhan 2019 dan Anugerah Pasca Siswazah terbaik keseluruhan 2019.

Anugerah Best of the Best RITEC 2019 dimenangi oleh projek yang bertajuk “Autonomous Vehicle Repositioning System for Double Parking Condition with Notification System” yang diketuai oleh Dr. Muhammad Rusydi Muhammad Razif dari FTK, UTHM.

Anugerah Kumpulan Fokus Penyelidikan terbaik keseluruhan 2019 pula dimenangi oleh Innovative Manufacturing Technology (IMT) Focus Group yang diterajui oleh Ts. Dr. Noraini Marsi dan Anugerah Pasca Siswazah terbaik keseluruhan 2019 kategori Ijazah Sarjana telah dimenangi oleh Amira Liyana Desa, manakala bagi kategori Doktor Falsafah dimenangi oleh Hadi Pranoto.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh ADUN Serom, YB Ir. Dr. Faizul Amri Adnan. Hadir sama dalam majlis tersebut, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Profesor Dato’ Dr. Abdul Razak Omar dan Dekan FTK, Profesor Madya Ts. Hj. Amran Mohd Zaid.

Untuk rekod UTHM, Program Research & Innovative Technology Competition (RITEC 2019) ini telah dianjurkan buat kali kedua di UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

Categories
Penyelidikan dan InovasiProduk

RELATED ARTICLE