Batu Pahat – Kemunculan artis-artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Hail Husaini, Ismail Izani, Indah Ruhaila dan undangan khas Datuk Haji Mohamed Hadi Putra (Adi Putra) berjaya menggegarkan Dewan Sultan Ibrahim dengan sorakan kira-kira 2200 penonton yang hadir menyaksikan Soul Revolution Charity Concert yang berlangsung pada 1 November baru-baru ini.

Konsert Amal anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ini diadakan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada tabung Johor I-Care Society (JICS) dan Program Sabil Al- Hikmah universiti. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),Profesor Madya Dr. Asri Selamat menyerahkan moq cek bernilai RM2000 kepada Presiden JICS, Datuk Haji Mohamed Hadi dan RM3000 untuk dana Sabil Al-Hikmah.

Bagi mencapai objektif penganjuran iaitu berhibur sambil menderma, pihak penganjur turut menyediakan tabung sumbangan kepada penonton untuk memudahkan mereka menyumbang bagi tujuan kebajikan.

Hadir sama menyaksikan konsert tersebut Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Encik Mohammad Khairul Izzat Datuk Haji Ariss dan Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Encik Azlan Wanti.

charity concert