Pada 6 Mei, Program Math Universe telah diadakan di Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Seramai 57 orang pelajar dan 6 orang staf telah terlibat dalam program tersebut. Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) merupakan sebuah fakulti yang menawarkan program akademik yang menjurus kepada bidang sains dan matematik. Sehubungan itu, program seumpama ini merupakan usaha pihak fakulti bagi membantu para peserta program yang merupakan anak-anak staf UTHM untuk lebih mengenali salah satu bidang sains yang penting iaitu Matematik dengan pendekatan yang lebih santai tetapi berkesan. Program ini juga dapat memberikan pengalaman kepada mahasiswa FSTPi mengelolakan suatu program ilmu untuk masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga diharap dapat memupuk minat pelajar sekolah untuk memilih jurusan sains di peringkat menengah atas agar peratusan pelajar sains akan meningkat dan seharusnya dapat memperbaiki pencapaian akademik seseorang pelajar.

10 11