Hasil projek dua pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan Emas dalam Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) peringkat Universiti Awam kali ke-12, 2016 yang telah berlangsung pada 2 hingga 4 ogos lalu bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

UTHM telah diwakili oleh dua Kumpulan KIK Pusat Tanggungjawab (PTj) iaitu Kumpulan Q-PPD daripada Pusat Pengajian Diploma (PPD) untuk kategori Pengurusan dengan membentangkan tajuk projek “Sesi Perundingan Pengiraan GPA/CPA Mengambil Masa Yang Lama”, manakala Kumpulan Renaissance daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi kategori Teknikal dengan tajuk projek “Pengambilan Darah Mengambil Masa Yang Lama”.

Hasil dari projek kedua-dua kumpulan ini iaitu ‘UTHM GPA/CPA Calculators (UCPAs)’ dan ‘E-zy Vein Kit’, yang berjaya mendapat penarafan Emas ini membawa makna yang tersendiri kepada PTj masing-masing kerana projek sebegini memberi ruang dan peluang untuk diadaptasikan kepada persekitaran kerja yang lebih mantap, terancang dan efisien.

Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK)  UTHM
Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) UTHM
Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) UTHM
Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) UTHM